Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : loghat daerah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa daerah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?

Di Malaysia bahasa daerah merujuk kepada loghat atau dialek. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. contohnya dialek Kelantan , dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan dan sebagainya.  Sebagaimana yang kita sedia maklumsuku bangsa yang terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan suku kaum orang asli. DBP lebih menumpukan penerbitan dalam bahasa Melayu. Contoh buku bahasa sukuan yang telah diterbitkan antaranya Kamus Melanau Mukah – Bahasa Melayu dan Kamus  Bahasa Iban- Bahasa Melayu.

Lain-lain11.09.2017
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?Tiada terbitan khusus yang menyenaraikan dialek di seluruh negara kita. Lazimnya dialek mengikut negeri-negeri, namun negeri Sabah dan Sarawak mempunyai puluhan dialek yang ditutur oleh suku kaum di sana. Buku Susur Galur Bahasa Melayu, tulisan Prof. Emeritus asmah Haji Omar membicarakan beberapa dialek seperti dialek Selangor, Pahang, Melaka, Kedayan dan Urak Lawoi.Lain-lain02.10.2017
apakah kepelbagaian bentuk bahasa?Bentuk Bahasa yang dimaksudkan ilah ragam bahasa, iaitu bahasa tulisan, bahasa lisan,bahasa daerah dan bahasa moden. Tatabahasa01.03.2008
Nama saya Farouk Azim dan saya seorang penggemar bahasa yang berminat tentang bahasa-bahasa Orang Asli. Merujuk kepada artikel bertajuk "Orang Asli voices may go silent as languages face extinction" yang menyatakan JAKOA bersama DBP telah dan masih membuat kajian untuk bahasa-bahasa Orang Asli untuk menghasilkan kamus daripada hasil kajian tersebut, saya ingin mengetahui jika saya boleh mendapat apa-apa kemaskini status atau laporan tentang kajian tersebut? Di samping itu, saya ingin mengetahui jika ada apa-apa usaha lain untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa Orang Asli menggunakan media seperti rakaman audio dan video supaya lebih mudah untuk seseorang mempelajari bahasa-bahasa Orang Asli? Saya berharap pihak DBP dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya.
Assalamualaikum wbt tuan yang dihormati,
 
DBP bekerjasama dengan KPM termasuklah pihak JAKOA bagi menjayakan Program UNESCO: Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah. Program ini melibatkan pengumpulan data lapangan dan pengesahan data entri untuk penerbitan Daftar Kata. Pihak kami juga sedang usahakan medan audio di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendokumentasikan entri bahasa sukuan dan bahasa daerah tersebut. Berikut merupakan senarai projek UNESCO bahasa orang Asli yang sedang kami usahakan untuk tahun 2020, antaranya:
i)     Daftar Kata Bahasa Semai / ii)    Daftar Kata Bahasa Jedek/Jahai / iii)   Daftar Kata Bahasa Kanaq
    
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi:               
Nor Azianti binti Abd Aziz,
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi,
Tel.:  03 2147 9158
Lain-lain23.01.2020
Saya ingin mengetahui asal usul perkataan 'Bak'. Ada beberapa keluarga di Johor misalnya menggunakan perkataan 'Bak' menggantikan panggilan 'Ayah'.

Perkataan 'bak' yg menggantikan panggilan 'ayah' tiada dalam rujukan kami. Berkemungkinan itu perkataan slanga atau bahasa daerah.

Istilah18.01.2010
Lampiran Fail.Cadangan kata baharu bahasa Melayu boleh disalurkan melalui Gerbang Kata DBP. Portal Gerbang kata merupakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak, bahasa orang asli,kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Sumbangan khazanah persuratan Melayu seperti peribahasa, pantun seloka, mutiara kata dan sebagainya juga dialu-alukan. Gerbang Kata boleh dicapai dengan menaip Gerbang Kata pada enjin carian. Anda diperlukan untuk mendaftar dengan klik ‘Pendaftaran’ sebelum boleh Log Masuk. Selepas anda berjaya Log Masuk, anda boleh mencadangkan perkataan baharu dengan menyertakan maklumat kata seperti asal kata, contoh penggunaan dan sumber kata yang dicadangkan.Penyelidikan13.08.2018
Apa terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah kata nama khas 'Daerah Kecil' seperti yang digunakan bagi istilah Daerah-Daerah Kecil di Sarawak (seperti Daerah Kecil Sundar, Daerah Kecil Padawan, dll)? Saya tidak menemui sebarang pentakrifan di Carian Kata.Terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan Daerah Kecil ialah Subdistrict.Istilah05.02.2019
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa?

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna24.02.2008
1. Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Klang Zon Selatan 2.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Daerah Klang Zon Selatan 3.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang Antara tiga ayat di atas , yang mana satu betul ? Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang", jika zon selatan tersebut dalam daerah Klang.Tatabahasa16.06.2011
Salam sejahtera, Bolehkah bp (bahasa percakapan) digunakan dalam dialog? Adakah bahasa percakapan juga merujuk kepada bahasa pasar atau slanga? Terima kasih.

Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). Menurut kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku).

Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi ialah perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku pula merupakan perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial ialah perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah

Tatabahasa07.12.2017
12345678910...

Kembali ke atas