Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahasa yg digunakan di kalangan raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata-kata atau bahasa yg biasa digunakan di kalangan raja-raja (spt santap, gering, dan mangkat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa dalam

Puisi
 

Anak teruna menanam betik,
     Buah cempedak dalam raga;
Apalah guna berwajah cantik,
     Kalau kurang budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(34)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ?

Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.

Ejaan05.09.2023
Apakah kesalahan bahasa dalam ayat yang di bawah?Boleh terangkan? Puan May membeli alas meja bunga plastik untuk mengalas meja di ruang tamu rumahnya. Dan apakah maksud bertatacara , beraturcara, bertatatertib? Boleh jelaskan?(atau tidak ada dalam kamus dewan?)Dan apakah perkataan yang kata dasar ialah tatacara atau tatatertib atau aturcara?Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah Puan May membeli alas meja plastik untuk mengalas meja di ruang tamu rumahnya.

2. Bertatacara bermaksud mempunyai tatacara, dan bertatatertib bermaksud berkelaluan mengikut tatatertib. Tiada kata terbitan beratur cara. Lazimnya frasa atur cara majlis digunakan bagi merujuk sesuatu majlis itu mempunyai atur cara.
Tatabahasa25.04.2023
Terdahulu, saya mengajukan pertanyaan berhubung penulisan nama negara dalam Bahasa Melayu. Jawapan DBP seperti berikut: Nama negara dalam penulisan bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali. Untuk mendapatkan senarai nama yang lebih tepat untuk penggunaan nama negara dalam bahasa Melayu, sila rujuk Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Justeru, soalan selanjutnya adalah berdasarkan ayat berikut: "Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali." Apakah penerbitan yang diterbitkan oleh DBP yang menyenaraikan nama negara berdaulat dalam Bahasa Melayu. Rujukan telah dibuat kepada Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Maklumat terjemahan dari nama asal kepada Bahasa Melayu tidak dilampirkan.Untuk makluman puan, tidak semua nama tempat/negara terakam dalam data terbitan kami. Begitu juga dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang tidak menyenaraikan semua nama tempat dan hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan.

Sebagai alternatif, puan bolehlah merujuk buku terbitan DBP, iaitu Gaya Dewan (hlm. 414 - 423) dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, puan juga boleh merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul untuk nama-nama negara.
Ejaan31.01.2025
Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu.Jawapan yang betul ialah "Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu."Ejaan30.08.2023
Saya meminta pihak tuan/puan untuk menyemak bahasa dalam lampiran.

Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Pihak kami akan menyediakan sebut harga.

Lain-lain20.03.2025
apakah kesalahan bahasa yang ada dalam ayat ini "Kesimoulannya,kita hendaklah turut hadir ke majlis tersebut "

Terdapat dua (2) kesalahan bahasa dalam ayat tersebut:
1. Ejaan “kesimoulannya” tukar  “kesimpulannya”.

2. Penggunaan perkataan “turut” merujuk kesinambungan sesuatu perkara. 


Ayat yang betul ialah "Kesimpulannya, kita hendaklah hadir ke majlis tersebut".


Tatabahasa16.10.2023
Apakah pananan bagi "full body harness" yang merujuk perlindugan tubuh dalam bahasa Melayu?

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain. Sila berikan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sesuaikan mengikut konteks dalam bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan03.04.2025
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia.

Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai.

Berikut ialah makna kata natif dalam KDP:
natif ناتيف
kata adjektif
1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir.
Contoh:
Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka.

2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing.
Contoh:
a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama.
b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara.

3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh.
Contoh:
a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu.
b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.

Makna09.01.2025
Tolong semak tatabahasa bagi teks di bahagian lampiran.

Untuk penyemakan aspek bahasa dalam dokumen tersebut, mohon jasa baik YBhg. Dato’ untuk menghantar fail dokumen yang ingin disemak kepada e-mel, nawal@dbp.gov.my.

Mohon sediakan dokumen dalam format langkau 2 baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Kami akan meneliti dahulu dokumen dan menyediakan sebut harga, serta menyatakan tempoh masa penyemakan yang bersesuaian untuk pertimbangan pihak YBhg. Dato’.

Penyemakan dan penterjemahan21.11.2024
Dalam Bahasa Korea ada sebutan seperti "fighting" untuk menggalakkan, tetapi bagaimanakah kita harus sebut dalam Bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah fighting dalam bahasa Korea ialah berusaha. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Penyemakan dan penterjemahan10.05.2023
12345678910...

Kembali ke atas