Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa diraja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan "santapan". Adakah perkataan ini boleh digunakan dalam majlis yang biasa-biasa dan tidak melibatkan majlis kerabat diraja? Contoh, dalam pertandingan syarahan peringkat zon, bolehkah saya gunakan santapan pagi?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020;1962) kata santap berlabel bahasa diraja. Bahasa diraja ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja, golongan istana atau antara keluarga diraja dengan rakyat jelata. Bahasa istana bermaksud perhubungan kebahasaan yang mana sekurang-kurangnya salah satu pihak itu terdiri daripada keluarga diraja. Oleh sebab itu, kata santapan (kata terbitan daripada kata santap) sesuai digunakan dalam majlis yang dihadiri oleh keluarga diraja.

Bagi pertandingan syarahan peringkat zon misalnya, kata yang dicadangkan ialah sarapan atau minum pagi, jika tiada kehadiran kerabat diraja.
Makna04.06.2024
Mohon pencerahan penggunan perkataan Disempurnakan Oleh :... Adakah sesuai atau boleh digunakan oleh sesiapa sahaja atau sesuai hanya untuk bahasa diraja.

“Disempurnakan” bermaksud merasmikan (sesuatu majlis, istiadat, upacara dan sebagainya).

Sehubungan dengan itu, perkataan “Disempurnakan oleh” boleh digunakan dalam konteks pelaksanaan program atau majlis yang dihadiri oleh seorang tetamu kenamaan yang mempunyai jawatan/hierarki/kedudukan yang paling tinggi walaupun program atau majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan “disempurnakan”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2034.

Lain-lain03.07.2024
Apabila seseorang hamba ingin mengadu/memaklumkan sesuatu peristiwa/perkara kepada raja, apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk “mengadu” (bahasa istana)? Contohnya, bahasa istana bagi “tidur” ialah beradu. Saya telah merujuk beberapa laman web yang memberikan bahasa istana. Namun demikian, saya tidak dapat mencari perkataan yang digunakan untuk merujuk “mengadu”. Bolehkah perkataan “mengadu” digunakan atau apakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada padanan untuk perkataan mengadu dalam bahasa diraja, lagipun bahasa diraja terhad perbendaharaan katanya dan tidak semua kata ada padanannya dalam bahasa diraja.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tatabahasa07.06.2010
Apakah kata ganti nama yang digunakan oleh putera/puteri negara lain ketika bercakap dengan raja/ratu negara lain? Adakah 'patik', 'beta' atau hamba?Dalam bahasa diraja, sesuatu peristiwa bahasa yang melibatkan komunikasi antara dua orang Sultan, gerak rujukan setara tidak berlaku. Ini kerana salah seorang daripada baginda berdua akan meletakkan diri Baginda sebagai rendah pangkat dari segi umur atau hubungan kekeluargaan.  Dengan demikian, salah seorang akan merujuk diri sendiri sebagai “adinda” atau “anakanda”, dan dengan itu Baginda yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “kakanda” atau “ayahanda”.   Tatabahasa30.11.2014
sdra, tolong emel cara/adap sopan/protokol surat kiriman dan menulis alamat kepada dymm sultan johor. terima kasih.Untuk makluman tuan, maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku Bahasa Diraja, karya Asmah Haji Omar, terbitan DBP.Lain-lain18.02.2012
Salam Sejahtera. Bagaimana kerabat diraja mengelar adik-beradik mereka? Adakah frasa seperti "kanda andak" dan "dinda long" betul?Panggilan sapaan bagi kerabat diraja yang sebaya dengan abang, kakak atau adik ialah kakanda (kekanda/kanda) dan adinda (dinda). Penggunaan frasa "kanda andak" dan "dinda long" tidak ditemui dalam teks klasik bahasa diraja, khususnya dalam pangkalan data Malay Concordance Project (MCP)Kata yang selalu dikolokasikan dengan kanda dan dinda adalah seperti Kanda Tengku Embung, Kanda Seri Indera, adinda baginda tuan puteri, Adinda Asma Penglibur, adinda baginda Maharaja/Raja/Pangeran dan sebagainya. Kesimpulannya, kata kanda dan adinda digunakan secara kata nama tunggal atau frasa nama dengan gabungan yang tertentu dan khusus sifatnya (dengan kata nama khas).

Namun, tidak dinafikan adanya pengguna kata kanda dan dinda dalam panggilan orang bangsawan yang dilakonkan dalam drama kepahlawanan, kependekaran dan sebagainya.

Mohon rujuk buku Bahasa Diraja Edisi Baharu (Asmah Haji Omar. DBP, 2016) untuk penjelasan lanjut. Untuk carian makna kata yang terkini, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Lain-lain24.07.2023
Apakah bahasa istana untuk 'mereka'? Terima kasih.Menurut buku Bahasa Diraja:Edisi Baharu karya Asmah Haji Omar; DBP 2004, ada dua bahasa istana untuk ‘mereka’, iaitu ‘patik-patik itu’ dan patik-patik tersebut’.Tatabahasa05.06.2014
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah?Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa dirajaTatabahasa29.05.2008
Salam tuan/puan, Apakah maksud 'menjunjung kasih'? Ayat contoh: Patik menjunjung kasih, tuanku. Terima kasih.Ungkapan bahasa diraja menunjukkan fungsi penghargaan menunjukkan gerak arah dari bawah ke atas.  Apabila rakyat menghargai pemberian atau anugerah Raja, maka dia menjunjungnya dan tidak setakat menerimanya. Daripada situ, timbullah ungkapan ‘menjunjung kasih Tuanku’ dan ‘junjung kasih,Tuanku’ yang dalam bahasa biasa ialah ‘terima kasih”.Makna19.12.2014
Saya perlukan contoh surat rasmi bagi undangan Diraja, laras bahasa istana yang digunakan dengan betul. Terima kasihUntik mendapatkan maklumat tentang laras bahasa istana, sila rujuk buku Bahasa Diraja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain17.02.2012
12345

Kembali ke atas