Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bahasa yg dipakai oleh jumlah orang yg amat besar bilangannya di merata dunia (spt bahasa Inggeris); b) = bahasa buatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa dunia

Puisi
 

Nanas dijual di pasar niaga,
     Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia,
     Budi bahasa perhiasan diri.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sudirman Aminin 5HB JULAI 2.44 PTG Bahasa Melayu Nusantara harus dibina dan dikembangkan, sehingga menjadi bahasa dunia ... aminTerima kasih atas pandangan yang tuan berikan.Lain-lain05.07.2017
asal-usul bahasa melayu,ciri-ciri serta fungsinya?Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu abad ke 16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991 2. Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001 . 3. Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 . 4. Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004Lain-lain13.09.2007
Bagaimana bahasa-bahasa di dunia wujud melalui perspektif islam?Maklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku atau tulis yang berkaitan.Lain-lain30.07.2008
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIAAntara faktornya termasuklah bahasa Melayu yang telah menjangkau lebih 1000 tahun kewujudannya, penuturnya lebih daripada 300 juta orang di Asia Tenggara, bahasa keempat yang dipertuturkan di dunia, lebih 70,000 orang di China dan Sri Lanka menuturkannya, dan pengajian bahasa Melayu diwujudkan di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman dan New Zealand. Selain itu, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi dalam bidang perdagangan, persuratan dan pentadbiran semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem yang mantap dari segi Linguistik sebagaimana bahasa-bahasa besar dunia yang lain seperti bahasa Inggeris. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku- buku sejarah bahasa Melayu dan tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu danlayari juga laman Wikipedia bertajuk Sejarah Bahasa Melayu.Lain-lain24.09.2007
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan-perkataan di bawah? Berikut ialah bahasa-bahasa di dunia dalam bahasa Inggeris. Avestan Tibetan Standard Basque Terima kasih atas bantuan anda.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk nama bahasa yang dikemukakan. Cadangan kami adalah seperti yang berikut: i. Avestan - bahasa Avesta ii. Tibetan - bahasa Tibet iii. Standard Basque - bahasa Basque standardIstilah03.07.2013
Pada masa ini kebanyakan orang menyebut perkataan bertaraf dunia. Adakah orang lain tidak tinggal tinggal di dunia? 2. Kebanyakan orang menyebut pasca sebagai paska. Apa pendapat DBP?Bertaraf dunia bermaksud mempunyai taraf peringkat dunia, satu peringkat yang meluas, tinggi dan menyeluruh. Kata pasca disebut pasca, bukan paska. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai paska kerana terikat dengan sebutan dalam bahasa Inggeris, c dilafazkan sebagai k.Lain-lain08.09.2007
Pengesahan Bahasa 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di AsiaJawapan 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di AsiaTatabahasa03.07.2013
Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ?Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. Istilah31.08.2009
Mengapa bahasa melayu tidak dapat bersaing dengan bahasa lain sebagai bahasa utama dunia

Kekuatan politik dan ekonomi memainkan peranan penting memajukan sesebuah negara termasuklah pelbagai aspek dalam negara tersebut seperti bahasa kebangsaannya. Dan tajuk ini memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian yang terperinci untuk mengenal pasti faktor sebenar mengapa bahasa Melayu dikatakan tidak dapat bersaing dengan bahasa lain sebagai bahasa utama dunia. Oleh itu, kami sarankan saudara rujuk buku atau makalah yang berkaitan.

Lain-lain03.07.2011
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih.Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan:
1. Perang Dunia Kedua
2. Selepas 10 tahun
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat.
Lain-lain16.06.2019
12345678910...

Kembali ke atas