apakah itu akta bahasa kebangsaan? apakah fungsi akta bahasa kebangsaan? mengapa akta bahasa kebangsaan diwujudkan? siapakah yang pernah membuat penyelidikan berhubung akta bahasa kebangsaan? | Akta Bahasa Kebangsaan ialah undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen tentang penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi negara. Setiap negara merdeka mempunyai akta bahasa kebangsaan masing-masing antara lain untuk mendaulatkan bahasa ibunda sesuatu negara. Sila kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang akta tersebut ataupun akta-akta yang lain juga. | Lain-lain | 09.10.2007 |
apa itu bahasa kebangsaan?sila jelaskan dan bandingkan bahasa kebangsaan dengan bahasa melayu. Terima kasih. | Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkaitannya dengan bahasa Melayu dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia. | Lain-lain | 28.01.2007 |
apakah fungsi bahasa sebagai bahasa kebangsaan? | Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan dengan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai topik berkenaan bahasa kebangsaan. Sila jelaskan secara spesifik perkara yang hendak ditanya. | Lain-lain | 06.08.2008 |
SAYA ADA PERTANYAAN TENTANG EMPAT FUNGSI BAHASA MELAYU IAITU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA RASMI, BAHASA ILMU DAN BAHASA PERPADUAN. TERIMA KASIH | Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana Jabatan Linguistik, IPTA. | Makna | 10.07.2008 |
boleh berikan saya maklumat tentang bahasa kebangsaan secara mendalam?sama ada dari segi maksud,fungsi atau lain-lain yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. | Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan dengan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai topik berkenaan bahasa kebangsaan. Sila jelaskan secara spesifik perkara yang hendak ditanya. | Lain-lain | 12.09.2006 |
apakah maksud definisi bahasa kebangsaan dan penggunaannya | Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. | Makna | 02.10.2006 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN? SILA BERIKAN DENGAN TERPERINCI DAN DIHANTAR KEDALAM EMEL SAYA | Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana Jabatan Linguistik, IPTA. | Lain-lain | 21.08.2007 |
Perbezaan Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan | Saudara, Akta Bahasa Kebangsaan membincangkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, manakala Akta Pendidikan menyentuh aspek sistem pendidikan negara. | Lain-lain | 04.07.2010 |
saya ingin dapatkan maklumat mengenai bahasa kebangsaan & budaya kebangsaan di malaysia...... | Maklumat terperinci tentang bahasa kebangsaan dan budaya masyarakat Malaysia boleh diperoleh melalui buku-buku rujukan yg boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau kedai buku, cth buku Bahasa Kebangsaan, Ab. Rahman Ab Rashid (Longman), Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia, Mohd Taib Osman (DBP), Masyarakat & Kebudayaan Malaysia (DBP) | Lain-lain | 20.08.2007 |
untuk penggunaan bahasa kebangsaan,adakah BAHASA MELAYU @ BAHASA MALAYSIA? | Di dalam Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Maka, perkataan bahasa Melayu yang betul. | Lain-lain | 02.07.2009 |