Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kesat (adjektif)
1. Bersinonim dengan kasap: kasar, seregai, menggerutu, berkerut-kerut, bergerapu,

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kasar, keras, pedas, tajam,

Kata Terbitan : mengesat, pengesat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
MAKSUD TERPERINCI BAHASA KESAT,PUNCA PENGGUNAANNYA DAN KESAN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAANNYA TERUTAMA KEPADA PELAJAR.TERIMA KASIHmar-7886, Jika sdr. perlukan jawapan secara terperinci sila dapatkan buku yang pelbagai tajuk yang membincangkan perkara ini. namun secara ringkasnya punca daripada pertanyaan saudara ialah kurangnya pengetahuan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekarang. Kesannya tentulah memperlihatkan keidaksantunannya remaja dalam setiap tingkah laku yang dilakukan.Makna31.07.2007
Apakah terjemahan bagi 'Blackjack' dan 'shock jock' yang sesuai? Terima kasih.Black Jack merupakan nama permainan terup, maka ejaan tersebut boleh dikekalkan. Manakala maksud shock jock pula merupakan gelaran bagi oarang yang suka bercakap dan memberi pandangan dengan bahasa kesat,  Makna17.03.2021
Apakah asal-usul ungkapan "kepala bana"?
Untuk makluman tuan, perkataan dan asal usul "kepala bana" tiada dalam data kami. Perkataan tersebut merupakan kata/slanga yang terlarang/bahasa kesat yang digunakan dalam percakapan harian.  
Tatabahasa31.12.2020
Swab taken from bottle diterjemahkan kepada kesatan daripada botol. Adakah penggunaan perkataan kesatan tersebut betul?Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi swab ialah kapas kesat yang digunakan dalam bidang perubatan.
Pada padangan kami, ayat yang betul ialah kapas kesat yang diambil daripada botol sekiranya bersesuaian dengan konteks.
Penyemakan dan penterjemahan09.01.2018

Kembali ke atas