Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa malaysia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bilakah 'Bahasa Malaysia' digunakan? Apakah perbezaan antara 'bahasa Malaysia' dengan 'Bahasa Malaysia'? Dalam kontkes berikut, adakah huruf 'b' harus dijadikan huruf besar? 'Edisi bahasa Malaysia dilesenkan oleh Syarikat XYZ.'Bahasa Malaysia merujuk mata pelajaran di sekolah, manakala bahasa Malaysia ialah bahasa yang menjadi bahasa perpaduan di Malaysia. Dari segi ilmunya bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu sama seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.Istilah16.08.2013
Chandra Cikgu Apakah kekurangan Bahasa Malaysia? Hanya usaha diperlukan untuk mewujudkan istilah Bahasa Malaysia dan bukan sekadar mengambil jalan mudah meminjam bahasa asing sebagai bahasa Malaysia. Pelbagai alasan boleh diberikan, tetapi tujuan dan hala tuju perlu diteliti agar dapat mengekalkan Bahasa Malaysia jangan sampai ditelan zaman. Alasan yang diberikan memang tidak munasabah dan tidak wajar mengikut peredaran masa kini. Masih ada lagi perkataan baru digunakan untuk merujuk sesuatu benda baharu di akhbar Metro dan media massa termasuk menteri-menteri kabinet menggunakan perkataan mereka-meraka dan dari masa ke semasa. Kemungkinan besar DBP tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut. Pemikiran yang matang dan berpengalaman dapat menyelamatkan bahasa Malaysia hancur di persada dunia. Kita tidak perlu menjadi pak turut ahli-ahli politik Malaysia sebaliknya berjuang dalam memartabatkan bahasa Malaysia. Walaupun saya seorang bukan Islam, namun kesetiaan saya terhadap bahasa Malaysia sangat utuh tidak akan membenarkan sama sekali bahasa Malaysia dijadikan Jorgan oleh kebanyakan pihak. Jangan hanya membalas soalan dari pejabat sahaja, tetapi pergilah melawat sekolah-sekolah di Malaysia dan mengetahui masalah penggunaan bahasa Malaysia. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Terima kasih Cikgu Chandra. Malaysia pasti memerlukan lagi orang seperti cikgu untuk bersama-sama DBP memartabatkan bahasa Kebangsaan.Lain-lain20.01.2014
mohon pencerahan subjek bahasa malaysia digunakan pada kulit buku sekolah rendah dan bahasa melayu pada teks sekolah menengah, nama mata pelajaran sepatutnya? bahasa malaysia atau bahasa melayu?Semua buku teks menggunakan Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah atas arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengikut keputusan Kabinet Malaysia pada tahun 2006 perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.Lain-lain01.04.2014
1. Property Fair dalam Bahasa Malaysia 2. Business Development dalam Bahasa Malaysia 3. Circulation Department dalam Bahasa MalaysiaPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut;

1. Property Fair - Pameran Harta Tanah
2. Business Development - Pembangunan Perniagaan
3. Circulation Department - Bahagian Pengedaran
Istilah21.03.2016
mana yang betul bahasa Melayu atau bahasa Malaysia ? Guru keliru, murid lagi keliruTiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan.Lain-lain04.10.2012
Salam sejahtera. Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu perlu ditulis huruf besar atau kecil? Adakah bahasa untuk Bahasa Malaysia ditulis huruf besar manakala bahasa untuk bahasa Melayu ditulis huruf kecil? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu/bahasa Malaysia. Perkataan bahasa ditulis dengan huruf kecil. Tatabahasa11.07.2013
Selamat petang. Terima kasih atas jawapan yang diberikan pada semua soalan saya. Namun begitu, saya inginkan penjelasan tentang penggunaan "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Bukankah Bahasa Melayu itu lebih sesuai diguna pakai untuk merujuk pada mata pelajaran, sebab jika Bahasa Malaysia yang digunakan dari segi maksudnya, pada saya ia kurang sesuai kerana Bahasa Malaysia ini seolah-olah melambangkan semua bahasa yang ada di Negara Malaysia?. Jika Bahasa Malaysia yang diguna pakai, kenapa ia tidak selaras? Maksud saya, kertas soalan Peperiksaan PMR, SPM dan STPM masih menggunakan istilah atau rangkai kata "Bahasa Melayu" di bahagian muka hadapan kertas soalan tersebut? 2. Apakah jawapan yang paling meyakinkan murid jika mereka bertanya tentang penggunaan istilah atau rangkai kata tersebut. Contoh soalan; Cikgu, mana satukah yang betul antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? Atau, "Semua panitia Bahasa Melayu atau semua panitia Bahasa Malaysia? Sekian. Terima kasih.Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya.

Tuan boleh merujuk kepada pihak pengurusan dan dalam hal ini ialah pihak sekolah atau jabatan pelajaran negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tatabahasa04.09.2013
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk goggles? Adakah "gogal" di terima dalam Bahasa Malaysia?

Menurut data kami, padanan yang sesuai bagi "goggles" ialah gogal.
Istilah13.03.2017
Saya juga pernah terbaca pekeliling yang mewajibkan pihak sekolah menggunakan perkataan Bahasa Malaysia. Yang menimbulkan persoalan di kalangan warga pendidikan, pada masa kini kita perlu gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Sedangkan di kertas soalan dari Kementerian Pelajaran menggunakan perkataan Bahasa MelayuBahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman saudara, Bahasa Malaysia digunakan untuk mata pelajaran di sekolah manakala dalam Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain15.05.2013
Apakah terjemahan bagi 'diastatic rice flour' dalam Bahasa Malaysia? Tidak ada istilah Bahasa Malaysia untuk 'diastatic'. Bolehkah ia diterjemah sebagai Tepung Beras 'Diastatic'.Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tepung beras diastatik.Istilah27.10.2016
12345678910...

Kembali ke atas