Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa melayu

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
escape route dalam bahasa melayu crafted coffee dalam bahasa melayuDalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Cadangan bahasa Melayu bagi escape route ialah laluan/jalan keluar dan crafted coffee ialah kopi seni jika bersesuaian dengan konteks.Penyemakan dan penterjemahan24.04.2019
SELAMAT SEJAHTERA. BOLEHKAN PIHAK DBP MEMBANTU SAYA UNTUK MENTRANSKRIPSI TEKS BAHASA MELAYU INI DALAM BENTUK / SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU. TERIMA KASIH.Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan mentranskripsi teks bahasa Melayu kepada sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu.Lain-lain11.08.2018
Saya dapati rata-rata pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan "one-off" secara italic dan tidak memberi padanan dalam bahasa Melayu. Didapati dalam istilah PRPM disebut one-off budget sebagai belanjawan sekali beri. Adakah padanan bahasa Melayu bagi "one-off" iaitu "sekali beri" telah mantap dan boleh digunakan dalam penggunaan rasmi?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "one-off" iaitu sekali beri merupakan istilah standard yang telah ada dalam data kami dan boleh digunakan dalam konteks rasmi.Istilah30.03.2020
Apakah perkataan bahasa melayu yang wajar bagi pertjemahan 'share' . Kongsi bukan bahasa melayu.Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan share dalam contoh ayat kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2018
Salam, Berdasarkan permeriksaan, perkataan Hero terdapat dalam kamus bahasa melayu. Jadi, bolehkah Hero digunakan dalam iklan bahasa melayu tanpa diterjemahkan?Kata Hero ada dalam bahasa Melayu dan tidak perlu diterjemah.Tatabahasa11.04.2019
Salam sejahtera, adakah kosa kata asing yang aktif yang digunakan oleh ramai penutur bahasa Melayu berpotensi menjadikan kosa kata asing tersebut diterima pakai ke dalam bahasa Melayu?

Kata pinjaman atau kata serapan ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain, bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain.  Kata daripada bahasa asing diterima sebagai bahasa Melayu dengan menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan kata dan istilah yang sedia ada.

Tatabahasa14.10.2019
nama bangunan 'KOI SUITES'. bolehkan dianggap menepati kriteria penggunaan istilah bahasa melayu..?Penamaan nama bangunan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik. Cadangan nama yang diberikan tidak diperakui penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik.Lain-lain23.11.2018
Salam, mohon bantuan terjemahan bahasa Melayu istilah 'anonymization'. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Data kami tiada padanan bahasa Melayu terhadap istilah yang dinyatakan. Pihak kami akan menghubungi puan jika sudah ada padanan dalam bahasa Melayu.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan17.10.2019
Saya ingin tahu penggunaan Bahasa Melayu bagi perkataan - 'you can purchase online' diterjemahkan kepada "anda boleh membeli secara online" - perkataan online boleh diterima di dalam ayat bahasa melayu? terima kasihTerjemahan online dalam Bahasa Melayu ialah dalam talian, anda boleh membeli secara dalam talian.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2019
Assalamualaikum. Apakah ejaan yang betul untuk gajet? Atau ada istilah bahasa Melayu yang lebih tepat untuk gajet? Terima kasih.Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan.Istilah27.12.2018
12345678910...

Kembali ke atas