sila betulkan ayat-ayat berikut besertapenerangannya. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa.Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. | 1. Ayat yang dikemukakan ayat lisan. Dalam kontak ayat lisan, ayat ini betul. 2. Ayat ini betul. kata banyak merujuk kepada kata bilangan. 3. Bahasa Inggeris (ialah) bahasa pertuturan antarabangsa... | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Saya sudah merujuk Tatabahasa Dewan dan dicatat bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu? " adalah bahasa pertuturan dan sepatutnya ayat tersebut ditulis "Siapakah nama kamu? ". Namun saya dapati dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, ayat " Siapa nama kamu?" adalah betul. Ketiga-tiga buah buku diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka . Saya perlu ikut buku mana? | Dalam rumus tatabahasa kita mesti mengambil panduan yang ditetapkan oleh buku Tatabahasa Dewan. Dalam Tatabahasa Dewan jelas menunjukkan bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu?" merupakan bentuk lisan, bentuk yang gramatis dan digunakan dalam tulisan ialah "Siapakah nama kamu?". | Tatabahasa | 11.12.2012 |
Apakah kedudukan Bahasa Melayu dalam pemeringkatan (ranking) dunia dari segi bahasa pertuturan? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Bahasa Melayu mengikut kajian terkini berada pada tempat keempat. Terima kasih | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Penerangan tentang Fonem Suprasegmental | Fonem suprasegmental merupakan salah satu daripada tiga Huruf Fonetik Antarabangsa yang dicipta oleh pakar bahasa dengan tujuan menawarkan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dlm mana-mana bahasa pertuturan. Fonem Suprasegmental yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton dan penekanan. | Tatabahasa | 06.12.2007 |
Salam sejahtera Saya merupakan penuntut di sebuah universiti luar negara. Sepanjang tempoh pengajian, kebanyakan masyarakat tempatan yang saya temui menunjukkkan minat yang kuat terhadap Malaysia dan bahasa pertuturan rakyatnya. Soalan yang sering diajukan adalah : Apakah nama bagi rakyat ( Perancis )* dalam bahasa melayu? *negara Jawapan yang saya beri : orang perancis Soalan saya adakah terdapat kata adjektif untuk setiap rakyat sesuatu negara? Jika ya, mungkin saya cetek ilmu bahasa sendiri. Jika tidak, perlu diwujudkan supaya memudahkan masyarakat. | Encik Mohd Khairul, Memang tidaka ada kata adjektif bagai nama setiap rakayat bagi sesuatu negara. Mungkin Encik keliru dengan panggilan orang putih. Ini gelaran yang diberikan kepada orang Inggeris. | Lain-lain | 02.10.2010 |
Apakah asas bahasa, pertuturan atau tulisa? Soalan ini berkait rapat dengan Bahasa Melayu yang dahulunya teras agama iaitu Islam begitu kukuh hinggakan pertuturan dan penulisan menggunakan fonetik 'arab sama ada dalam penulisan jawai mahupun rumi. Sekarang yang mana satu menjadi teras, teras Islam atau sebaliknya kerana penulisan atapun pertuturan menjadi masalah jika menulisa atau membaca jawi ataupun rumi. | Untuk makluman tuan maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun kami akan menjawab soalan tersebut dengan sumber yang ada. (Harap maaf jika jawapan ini tidak menjawab secara persis soalan saudara). Dalam perancangan bahasa, aspek Bahasa Melayu Baku memberikan tumpuan kepada pembinaan bahasa yang lengkap dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutan dan intonasinya. Merujuk kepada huraian tersebut, tulisan dan lisan kedua-duanya seiring dalam pembinaan bahasa Melayu baku. Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata, malah tatabahasa, ejaan dan laras yang digunakan haruslah baku, yakni standard. Dalam rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi terdapat beberapa sistem ejaan yang pernah wujud. Berkemungkinan dalam proses tersebut terdapat sistem ejaan yang mempunyai pengaruh Islam/bahasa Arab. Kini, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disempurnakan pada tahun 1972 dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.03.2013 |
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia | Bahasa Melayu dan bahasa Melayu Indonesia dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
| Lain-lain | 24.08.2023 |
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih. | 1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu. 2. Ayat ini betul. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa. 4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota. 5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Bolekah perkataan ‘kedubang’ digunakan di Malaysia? Contohnya dalam pertuturan Bahasa Malaysia harian. Sekian Terima Kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "kedubang" bermaksud 1. sejenis pedang pendek atau gedubang, 2. sejenis kelewang Acheh. Kelewang pula bermaksud 1. sejenis pedang pendek (bilahnya makin lebar arah ke hujung) 2. sejenis parang panjang yang berukir pada hujungnya. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan "kedubang" boleh digunakan sekiranya ia merujuk kepada benda yang diterangkan. | Istilah | 16.04.2014 |
Salam sejahtera. Saya hendak bertanya apakah ada ciri-ciri tertentu dalam pertuturan orang biasa dalam Bahasa Melayu Klasik yang membezakannya daripada Bahasa Melayu masa kini. Adakah bahasa yang digunakan dalam karya-karya Melayu awal seperti Sulalatus Salatin serupa dengan bahasa pertuturan orang biasa pada zaman tersebut? Dan bolehkah orang Melayu biasa dari abad ke-15 faham pertuturan orang Melayu zaman kini, dan sebaliknya? Terima kasih. | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap, iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.10.2018 |