Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg menjadi tumpuan atau hasil terjemahan drpd bahasa yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sasar3
Kata Terbitan : menyasar, sasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara nahu penterjemahan dengan penterjemahan?

Penterjemahan ialah perihal atau kerja menterjemahkan sesuatu bahasa daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Untuk mengetahui tentang nahu atau tatabahasa terjemahan, saudara perlu memahami teori, teknik dan kaedah menterjemah sesuatu teks itu dengan merujuk buku berkenaan penterjemahan.

Tatabahasa07.02.2010
Apakah nama melayu bagi rama-rama Tree Nymph Idea lynceus?Buat masa ini masih belum ada padanan bahasa Melayu bagi spesies serangga tersebut. Setiap pembentukan nama saintifik memerlukan pengesahan pakar sebelum diubah kepada bahasa sasaran (BM-BI).Penyemakan dan penterjemahan11.04.2022
di mana boleh saya dapat istilah ekonomi Bahasa- EnglishBuku istilah DBP (termasuk istilah ekonomi) diterbitkan dalam bahasa Inggeris - bahasa Melayu untuk membantu pengguna bahasa sasaran menggunakan istilah yang tepat dalam bahasa kebangsaan. Oleh itu, sila rujuk penerbit lain untuk memperoleh buku yang saudara maksudkan.Lain-lain12.03.2009
Tuan/Puan Harap Tuan/Puan dpt menyatakan ayat yg gramatis: 1A) Dekatkan sebatang magnet ke campuran itu. 1B) Dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu. Bahasa sasaran: A mixture is made up of two substances combined physically, for example, by stirring. Bahasa terjemahan: Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara tindakan mengacau. Adakah bahasa terjemahan dalam BM di atas betul? Terima kasih.1. Ayat yang gramatis ialah dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu.
2. Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara mengacau.
Tatabahasa11.07.2012
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax disk"? Sumber maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Tax_disk Terima kasih.Dalam konteks negara kita tax disc ialah road tax atau padanannya ialah Cukai Jalan. Sila sesuaikan terjemahan tersebut dengan konteks yang diperlukan sama ada bahasa sumber atau bahasa sasaran.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Apakah perbezaan antara glossari dan istilah

Glosari ialah senarai istilah yang disusun menurut abjad dalam bahasa sumber dan padanannya dalam bahasa sasaran. Glosari turut mempunyai takrifan secara ringkas (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat). 


Istilah pula merupakan perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat). Lazimnya, kamus istilah mempunyai takrifan yang lebih terperinci berbanding dengan glosari.

Makna07.07.2020
Salam, soalan berkenaan penggunaan frasa/kata sendi nama untuk ayat ini: "10 years of happy customers", adakah menjadi "10 tahun pelanggan gembira" ? betul atau salah? Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti "10 tahun bangunan KLCC" ?Frasa "10 years of happy customers" tidak boleh diterjemahkan secara langsung ke bahasa Melayu, tetapi perlu diketahui makna dan konteks frasa bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan bahasa sasaran (bahasa Melayu). Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "10 years of happy customers" ialah " 10 tahun bersama-sama anda". 

Untuk soalan "Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti '10 tahun bangunan KLCC' ?", soalan tersebut kurang jelas dan mohon penjelasan tuan. Sekiranya ingin mengetahui tentang penggunaan frasa yang betul, kami mencadangkan "ulang tahun KLCC ke-10". 
Makna27.09.2023
Selamat petang. Ayat di bawah merupakan penjelasan untuk gambar dalam sebuah buku terjemahan dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu, antara dua ayat di bawah, ayat yang manakah lebih sesuai atau betul? (a)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Lukisan Keluarga Confucius 孔子世家图). (b)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Kongzi Shijia Tu (Lukisan Keluarga Confucius)). Terima kasih.

Ayat yang tepat ialah Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Lukisan Keluarga Confucius, karya lukisan kaedah gosok dakwat Dinasti Ming).

Dalam karya terjemahan, penggunaan bahasa sumber (bahasa Cina) tidak perlu diulang dalam bahasa sasaran (bahasa Melayu). Transliterasi atau penyesuaian ejaan Rumi bagi ayat “Kongzi Shijia Tu” juga tidak perlu digunakan kerana sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, iaitu Lukisan Keluarga Confucius. Nama atau tajuk lukisan pula perlu menggunakan huruf condong atau italik. Penggunaan tanda kurung ((  )) yang berlapis harus dielakkan sekiranya menimbulkan kekeliruan.

Tatabahasa09.04.2020
Salam Sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta pendapat pihak tuan/puan mengenai istilah aahasa Melayu yang paling sesuai digunakan sebagai terjemahan untuk yang berikut: 1. Automated Powertrain Completion Line 2. Custom Powertrain Completion Line 3. Electromeric Flexible Powertrain Completion Line Sekian, terima kasih.Tidak ada terjemahan perkataan yang tersebut dalam pangkalan data kami. Sila cadangkan terjemahan bagi setiap ayat tersebut berserta dengan konteks penggunaannya kerana penterjemah lazimnya lebih mengetahui konsep terjemahan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dan kami akan menyemak kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan08.12.2015
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama?Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.Makna16.08.2010
123456789

Kembali ke atas