Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi istilah "masterclass" dalam bahasa Melayu? | Mohon pihak tuan memberikan contoh perkataan "masterclass" berdasarkan bidang dan konteks penggunaan supaya pihak kami dapat memberikan padanan bahasan Melayu tepat. | Makna | 03.10.2019 |
Salam sejahtera DBP, saya harap mesej ini dapat dipanjangkan ke bahagian perkamusan. 'Nekabahasa' sebagai terjemahan 'multilingual' sekali gus memperlihatkan 'neka-' sebagai terjemahan awalan 'multi-'. Ada 3 sumber yang saya dapat petik penggunaannya iaitu Perkamusan Melayu Susunan Masyarakat Cina di Malaysia sebua rencana buah kalam Yang Quee Yee, Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu terbitan ITBM dan Translation: Bahasan Teori & Penuntun Praktis Menerjemah tulisan Zuchridin Suryawinata & Sugeng Hariyanto. Saya harap sempatlah masuk manuskrip kamus terbaharu DBP. Dirgahayu bahasa kita! | Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan maklumat berkenaan kami salurkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP untuk pertimbangan pihak yang berwenang. | Lain-lain | 19.04.2019 |