Selamat pagi, kepada golongan pakar bahasa Melayu yang sangat dihormati. Saya ingin menerangkan bahawa pejuang bahasa Thai bertekad untuk mengekalkan dan memelihara bahasa aslinya yakni ketulenan bahasanya serta pejuang bahasanya dapat menangkis serangan istilah asing disebabkan iltizam yang kuat di kalangan ahli bahasanya dan sokongan padu daripada pihak diraja dan golongan bangsawannya tetapi di manakah pejuang bahasa Melayu sebenar sebagaimana yang dilakukan oleh Pencinta sebenar bahasa Melayu pada zaman Zaa'ba dan juga yang dilakukan oleh pakar bahasa Thai dan Cina? saya selaku mahasiswa UiTM akan berasa sangat malu jikalau penginggerisan bahasa Melayu berterusan dan semakin banyak istilah saduran bahasa Inggeris sehingga hilang keaslian dan jati diri bahasa Melayu . Perkara dan hal ini perlu diselesaikan serta perbincangan yang sungguh-sungguh perlu dilakukan di kalangan ahli bahasa Melayu untuk menyelamatkan bahasa Melayu daripada kehilangan jati dirinya seterusnya memelihara, memartabatkan, mengukuhkan, dan mengekalkannya . Mohon pertimbangan daripada pihak DBP dan golongan pakar bahasa Melayu. | Secara umumnya fungsi DBP bolehlah dirangkumkan sebagai membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Dalam skop perancangan korpus/ pembinaan bahasa DBP melaksanakan penyelidikan bahasa, menggubal istilah dalam pelbagai bidang, menyusun kata (entri) kamus. Peranan memartabatkan bahasa Melayu merupakan peranan rakyat Malaysia seluruhnya, tanpa perlu rasa malu. | Lain-lain | 22.08.2014 |
kami ingin pastikan visual kami betul bahasanya. | Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx Sekian terima kasih | Lain-lain | 06.03.2017 |
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar? | Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'. | Ejaan | 30.03.2011 |
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya? | Saudara, Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207. | Tatabahasa | 03.09.2009 |
Slogan mana yang lebih tepat dari segi penggunaan bahasanya :- • Pembudayaan Kreativiti Pencetus Transformasi atau • Pembudayaan Kreatif Pencetus Transformasi Terima kasih | Slogan yang lebih tepat ialah " Pembudayaan Kreatif Pencetus Transformasi" | Tatabahasa | 21.02.2014 |
bolehkah penggunaan perkataan ngaji atau perkataan mengaji lebih betul penggunaan bahasanya.contohnya ngaji bersama ustaz Ali atau mengaji bersama ustaz Ali | Kedua-dua perkataan itu boleh digunakan tetapi dalam konteks yang berlainan. "Ngaji" digunakan dalam dialog seperti dalam cerpen atau novel. Contoh: "Dah lama saya tak ngaji dengan Ustaz Ali". Dalam penulisan rasmi atau penulisan ilmiah, atau penulisan ayat biasa, perkataan yang lebih tepat ialah "mengaji". Contoh: Pelajar itu sedang mengaji al-Quran dengan dengan Ustaz Ali. | Lain-lain | 06.06.2016 |
Aslm, perkataan inggeris 'non' spt 'non-surgical treatment' ; adakah alih bahasanya - rawatan bukan surgikal atau rawatan tanpa surgikal? kerana maksud non bukan bererti bukan. Mohon penjelasan. | Padanan istilah bahasa Melayu untuk "non-surgical treatment" ialah rawatan tanpa bedah (bidang Perubatan). | Istilah | 21.01.2014 |
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut | 1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah 2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.
3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui. | Tatabahasa | 07.08.2013 |
Tuan, saya ingin merujuk tema berikut : menyemarak transformasi, mempersada kegemilangan. adakah laras bahasanya betul?Jika tidak boleh tak terangkan dengan lebih terperinci. | Ungkapan yang betul ialah menyamarakkan transformasi. Walau bagaimanapun tidak ada contoh mempersadakan atau kata terbitan lain daripada kata persada. Persada bermaksud lantai yang tinggi bertingkat atau bertangga tempat duduk raja. Mana mungkin lantai yang tinggi dijadikan sebagai perbnuatan kerana apitan me-...-kan menunjukkan perbuatan seperti menyemarakkan. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Salam sejahtera, adakah frasa "undangan terbuka" boleh diguna pakai dan betul dari segi bahasanya? | Menurut data kami, rangkai kata undangan terbuka boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.01.2020 |