Tuan DBP, "lupa akan bahawa..." atau "lupa bahawa" betul? Minta baca surat WordPad saya yang bertajuk "Lupa bahawa..." atau "Lupa akan bahawa...". Saya pada asalnya berpendapat bahawa "lupa akan bahawa" betul kerana selepas perbuatan tiada melampau "lupa", mesti ada sendi nama seperti "akan" barulah dapat disambungkan klausa komplemen "bahawa...". Namun begitu, kebelakangan ini saya sedar bahawa rangkai kata "lupa akan bahawa..." salah kerana ada dua penghubung "akan" dan "bahawa". Penghubung yang tersesuai "bahawa" kerana menyambungkan perbuatan tiada melampau "lupa" pada ayat seperti "hari ini hari jadi anaknya". (Contoh: ...lupa bahawa hari ini hari jadi anaknya). Untuk pendapat lanjut saya, pohon tuan menyelidik surat tanyaan saya dalam WordPad. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif diikuti oleh kata sendi nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah "lupa akan bahawa". Sebarang dapatan baharu boleh dikemukakan untuk perbincangan kepada pihak yang berwenang seperti pengkaji dan pakar bahasa. Dalam ruangan yang terhad ini, tidak dapat melihat dan menilai sesuatu kajian kerana memerlukan pembacaan yang banyak dan penelitian yang rinci. Antara medan yang sesuai ialah Jurnal Bahasa terbitan DBP yang mengumpulkan banyak kajian ilmiah oleh pakar, pengkaji dan penggiat bahasa. Kami menghormati sebarang pandangan, namun teras perkhidmatan kami ialah rumus yang telah disusun dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 04.12.2016 |
Yang mana satu betul: 'Sukacita dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dimaklumkan bahawa ...' | Penanda makluman yang betul ialah "Sukacita dimaklumkan bahawa..." dan "Dimaklumkan bahawa...". "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa..." sepatutnya "Sukacita dimaklumkan bahawa...". | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Salam sejahtera Tuan/ Puan , Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata " bahawa " . 1) ... menceritakan bahawa ... (adakah penggunaan kata bahawa tersebut gramatis & sebabnya ?) Cth ayat : Abu menceritakan bahawa kejadian tersebut berlaku di rumahnya. 2. a) ... menceritakan tentang ... (penggunaan kata yang tidak gramatis, betul ? ) Penggunaan " akan " tidak harus disusuli dengan " tentang " - ayat kata kerja Transitif (SKO - Subjek, Kata Kerja, Objek) . Cth ayat : Ali menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada seorang kawannya. Bagaimana pula dengan " ... bertanyakan tentang " ? Cth ayat : Ali bertanyakan tentang khabar berita seorang kawannya. Terima kasih & maafkan saya sekiranya mengganggu. ChoyHH | 1. ... menyatakan bahawa ... adalah gramatis - bahawa boleh hadir dalam klausa komplemen. 2. ... menceritakan tentang ..., ... bertanyakan tentang ... adalah tidak gramatis kerana menceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama sebagai objeknya. Kata terbitan menceritakan hasil daripada apitan meN-...-an + cerita, bukan mencerita + akan (kan). Begitu juga halnya dengan kata berceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama, bukannya bercerita + akan (kan). | Tatabahasa | 08.02.2011 |
Tolong jelaskan penggunaan kata hubung bahawa... Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi menjalani kehidupan yang sihat. Penggunaan bahawa dalam ayat ini ...betul tak encik | Penggunaan kata "bahawa" pada ayat" Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi menjalani kehidupan yang sihat adalah betul. | Tatabahasa | 19.02.2016 |
Yang mana betul. percaya bahawa atau mempercayai bahawa.apakah alasannya | Kedua-dua "percaya bahawa" dan "mempercayai" adalah betul dan boleh digunakan. Contohnya; 1. Ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan kematian. 2. Saya tidak akan mempercayai orang yang suka bercakap bohong. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Saya "yakin" atau "berkeyakinan" bahawa dia akan berjaya? Jika "bahawa" digugurkan, adakah ayat ini gramatis? Bolehkah "bahawa" ditukar menjadi "yang"? | 1. Ayat yang betul ialah "Saya berkeyakinan bahawa dia akan Berjaya". Jika perkataan bahawa digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis. 2. Perkataan "bahawa" dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan "yang" kerana "yang" merupakan kata hubung relatif yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh: Saya membeli baju "yang" berwarna merah. | Tatabahasa | 14.10.2017 |
Yang mana betul: Mesyuarat memutuskan supaya... atau Mesyuarat memutuskan bahawa... | Yang betul ialah "Mesyuarat memutuskan bahawa ..." - bahawa - kata hubung komplemen yang menghubungkan klausa pelengkap pada klausa utama. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam | 1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif 2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif 3) bedilan meriam - kata nama 4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif 5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif 6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap 6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja 7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Saya ingin dapatkan kepastian mengenai penanda makluman yang betul sama ada "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." Saya pernah mengemukakan dua pertanyaan sebelum ini. Jawapan kepada pertanyaan yang pertama ialah "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." manakala jawapan kepada pertanyaan yang berikutnya ialah "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." | "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." dan "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." kedua-dua frasa ini adalah betul. Frasa pertama dalam bentuk ayat biasa (subjek + predikat), manakala dalam frasa kedua kata sendi nama/kata hubung pada pangkal ayat utama (subjek + predikat). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 19.05.2011 |