Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahru

Puisi
 

Johor Bahru ibu negeri,
     Sultan Mahmud raja mulia;
Berapapun cerah matahari,
     Bulan juga membawa cahaya.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baharu-bahru ini kawan saya ada berbincang diruang facebook tentang gerabak kereata api KTM yang terpampar ayat "koc untuk wanita sahaja" . Apabila dia terjemah di google translate ianya terpampar "koc for women" Ada logiknya disitu, kenapa mengunakan ayat koc? apa salah mengunakan ayat yang tersedia ada seperti gerabak? dan kenapa "wanita" bukan mengunakan "Perempuan"? Sekian Terima Kasih Fain WahabUntuk makluman tuan, perkataan koc telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Perkataan wanita ialah bahasa halus bagi perempuan dan lazimnya dalam konteks rasmi/gelaran perkataan wanita yang digunakan seperti wanita pertama (first lady) dan wanita solehah.Tatabahasa09.11.2012
Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. Jawapan a) antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpr , b) di antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur.Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya.Tatabahasa31.07.2012
APAKAH PERBEZAAN PERKATAAN BAHARU, BARU DAN BAHRU? JELASKAN JUGA CONTOH PENGGUNAAN AYAT.Perkataan baharu atau baru sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baharu atau tahun baru, kereta baharu atau kereta baru, orang baharu atau orang baru. Perkataan bahru digunakan bagi nama bandar Johor Bahru. Walau bagaimanapun perkataan baru hanya digunakan dalam konteks baru tiba, baru selesai atau baru-baru ini. Tatabahasa31.12.2008
Ejaan yang betul bagi 'Johor Bahru'Ejaan yang betul ialah Johor Bahru.Ejaan17.07.2007
Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaitu apakah perbezaan antara perkataan 'baru', 'baharu',dan 'bahru'Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahru hanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu Johor Bahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi nama tempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapat diselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telah diwartakan.Ejaan11.07.2012
Maafkan saya. Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'Baru', 'Bahru' dan 'Baharu'.Boleh saudara terangkan kepada saya tentang penggunaan ketiga-tiga istilah itu?

Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Perkataan bahru digunakan bagi nama bandar Johor Bahru.

Istilah14.08.2010
Assalamualaikum.Saya Nadia berasal daripada Johor Bahru. Saya disini berasa mushkil dengan perkataan 'pernyataan'. Saya ada diberi teguran oleh salah seorang pakar bahasa bahawa ejaan yang sebenarnya adalah 'penyataan'.Adakah itu benar?Jika benar, saya ingin memohon pertolongan daripada pihak anda untuk menjelaskan perkara tersebut dengan lebih terperinci.Terima kasih.

Adik Faridatun Nadia terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan Pernyataan bermakna -1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama;

manakala penyataan bermakna -perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat;

Makna03.08.2009
Assalamualaikum. 1. Adakah buku Sejarah Johor terdapat di pusat dokumentasi DBP KL? Jika ada, bagaimana caranya untuk saya meminjamnya tanpa perlu saya ke DBP? (Saya menetap di Johor Bahru)

Saya percaya buku yang dimaksudkan ialah karangan Buyong Adil. Sdr Zaidah boleh meminjam buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu di Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru melalui khidmat Sistem Perbekalan Penerbitan atau dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Jika sdr belum menjadi ahli sdr boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan di Pusat Dokumentasi Melayu dan seterusnya mendapat kemudahan meminjam buku. Terima kasih kerana sudi menghubungi kami.

Lain-lain02.06.2011
tolong jelaskan penggunaaan perkataan baru, baharu dan bahru.Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru.  Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Makna04.02.2008
Selamat Tengah Hari, Saya Yati dari pada Johor Bahru ingin mengajukan satu soalan berkaitan dengan penggunaan kamus secara online. saya ingin memohon jasa baik pihat tuan untuk menangani masalah saya berkaitan dengan Bahasa English. Adakah pihak DBP menyediakan terjemahan Bahasa Melayu Ke bahasa English. saya menghadappi kesukaran untuk menterjemahan dari B.I ke B.M atau B.M ke B.I. jagi saya harap pihak DBP ada menyediakan kemudahan seperti yang saya maksudkan . sekianSekiranya terjemahannya berbentuk istilah, pihak DBP ada menyediakannya, walau bagaimana pihak KNB hanya membuat penyemakan terjemahan BM-BI.Makna11.11.2007
1234

Kembali ke atas