pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat menghayati pengalaman yang diibaratkan bahtera yang saujana mata memandang munsyi, adakah ayat ini gramatis digunakan dalam karangan . TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat tajuk pembentukan kata dan pembentukan ayat serta rujuk juga kamus Dewan untuk melihat aspek semantik perkataan yang digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. | Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. Dalam bidang Geografi - Kapal laut yang menggunakan tenaga wap. Makna dalam kamus pula, Laut -bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); laut pula air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi. Maka secara harfiahnya, 'kapal laut' ialah bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera) yang digunakan di laut masin. | Istilah | 28.05.2013 |
salam sejahtera. saya ingin merujuk kepada PRPM, adakah ayat yang saya tulis di bawah ini betul atau salah dari segi nahunya? "fundamental ilmu sangat penting dalam melayari futuris kehidupan." | Salam sejahtera, Penggunaan perkataan 'futuris' kurang tepat digunakan dalam ayat kerana futuris bermaksud individu atau golongan yang cenderung melihat impian dan pengertian masa depan melalui ciri-ciri kemajuan. Memadai sekiranya saudari menggunakan ayat seperti yang berikut: Fundamental ilmu sangat penting dalam melayari masa depan kehidupan. Selain itu, saudari juga boleh menggunakan 'bahtera kehidupan' untuk impak yang lebih puitis. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |