Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp panggilan kpd orang Benggali (lelaki); ~ serbat Benggali yg menjual serbat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan bai atau bai-bai untuk terjemahkan bye atau goodbye betul dari segi terminologi bahasa melayu? Atau hanya selamat tinggal saja yang tepat?Padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah "Selamat tinggal" atau "selamat jalan". Tatabahasa21.04.2022
Antonim bai bulat?Soalan saudara tidak difahami. Boleh jelaskan apa kehendak soalan saudara?Lain-lain24.07.2014
Kajian yang dijalankan oleh Huat lebih berkecenderungan kepada/pada penulisan biografi Li Bai. Apakah kata sendi yang sesuai selepas "berkecenderungan" dalam konteks ini? Terima kasih.Dalam contoh ayat di atas, kata sendi bagi berkecenderungan lebih sesuai digunakan "pada".Tatabahasa05.03.2007
Selamat sejahtera. Soalan saya berkenaan nama orang China purba.Sebagai contoh, penyajak terkenal China, Li Bai mempunyai nama lain (dalam bahasa Cina ialah "zi", dalam bahasa Inggeris ialah "courtesy name") Taibai dan mempunyai satu lagi nama yang diberikan oleh diri sendiri (dalam bahasa Cina ialah "hao", dalam bahasa Inggeris ialah "literary name"), iaitu Qinglian Jushi (secara harfiah, Pertapa Teratai Hijau). Adakah zi dan hao boleh digunakan terus dengan dicondongkan, atau terdapat cadangan penterjemahan yang lebih sesuai?Kami mencadangkan supaya perkataan zi dan hao dicondongkan sekiranya hendak digunakan dalam penulisan kerana kedua-duanya merupakan perkataan asing.Lain-lain25.08.2017
Selamat sejahtera. bagaimana hendak penggalkan perkataan membaiki mengikut suku kata? terima kasih.Pemenggalan perkataan membaiki ialah mem.bai.ki. Tatabahasa07.11.2020
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih.Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng.Tatabahasa09.07.2012
harap pihak tuan dapat memberikan suku kata yang tepat untuk perkataan berikut: 1)santapan 2)memperolehi 3)Allah 4)mengisi 5)kebaikan 6)permainan 7)dunia 8)kaum tq

Saudara Asmazaira,

Suku kata yang tepat adalah seperti yang berikut:

i. san.ta.pan ii. mem.per.oleh (bukan memperolehi) iii. Al. lah  iv. me.ngi.si   v. ke.bai.kan vi. per.mai.nan

vii. du.nia  viii. kaum

Ejaan15.04.2010

Kembali ke atas