Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Dengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Apakah maksud: Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati. | Saudara, Maksudnya ialah rahsia hendaklah disimpan baik-baik. | Lain-lain | 22.11.2010 |
Bolehkah tuan tolong terangkan perbezaan penggunaan perkataan"cikgu" dan "guru" dalam ayat. saya agak keliru tentang kedua-dua perkataan tersebut. 1. Cikgu/guru di sekolah saya baik-baik belaka. 2. Ali telah pengsan dan telah dihantar pulang oleh seorang cikgu/guru. 3. Cikgu/ guru memarahi murid -murid yang nakal. Walaupun saya tahu bahawa"ramai " digunakan dalam situasi yang riuh-rendah, meriah, tetapi saya masih keliru dengan penggunaannya dengan "banyak". 1. Banyak orang menghadiri majlis itu. Saya terbaca ayat contoh ini dari sebuah buku rujukan yang menerangkan penggunaan "ramai" dan "banyak". Saya hendak tanya mengapakah ayat tersebut gunakan "Banyak" dan bukan "ramai" bukankah "majlis" merupakan keadaan yang meriah dan riuh-rendah? Bolehkah tuan beri saya beberapa contoh untuk menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih. | Saudara, Perkataan cikgu dan guru membawa maksud yang sama. Yang membezakan kedua-dua perkataan ini adalah dari segi penggunaannya. Perkataan guru lebih umum penggunaannya, contohnya guru bahasa Melayu. Perkataan cikgu biasanya digunakan sebagai gelaran dan diikuti dengan nama, contohnya, Cikgu Aminah. | Tatabahasa | 17.10.2009 |
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'.. | Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu; mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Tatabahasa | 17.10.2012 |
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p | 1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali". 2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. | Tatabahasa | 17.07.2009 |
untuk mendapat kan pengesahan mengenai perkataan "ditambahbaik". Adkah perkataan ini wujud dalam kamus dewan? | -
tambah baik; bertambah baikmenjadi semakin baik; Contoh berimbuhan 'di' (pasif) tidak akan dijadikan contoh di dalam kamus. Entri di atas diambil daripada Kamus Dewan Edisi Ke-4. | Lain-lain | 14.08.2009 |
frasa sebaik sahaja atau sebaik saja atau sebaik-baik sahaja atau sebaik-baik saja. yang mana lebih tepat? bolehke frasa sebaik saja digunakan sebagai penanda wacana atau sebaik-baik saja lebih tepat? | Frasa yang paling tepat ialah sebaik-baik sahaja. | Tatabahasa | 20.10.2010 |
etimologi perkataan 'baik' dalam bahasa melayu? | Etimologi kata Baik - Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu Lama, Sumber: Sejarah Melayu, asal usul kata baik ialah memuaskan hati,dari segi rupa, mutu atau kegunaan, elok dll). Kedua: Baik- iya (menyatakan kegunaan atau persetujuan). Untuk makluman saudara juga, fakta yang telah dikemukakan oleh Pakar Etimologi iaitu Prof.Dr.Harimurti Kridalaksana, 'baik' berasal dari bahasa Melayu untuk kedua-dua maksud yang telah dikemukakan. Terima kasih. | Makna | 19.01.2007 |
Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. ang mana betul: 1. Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. 2. Ayat 'baik punya cilok' adalah salah tatabahasanya. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. Lihat buku Gaya Dewan, halaman 77. | Ejaan | 12.02.2012 |
Baik | Tiada pertanyaan yang dikemukakan. Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa. | Lain-lain | 01.12.2013 |