Apakah maksud perkataan seperti bawah: 1)kalau tidak rotan akar pun berguna 2)kalau tidak rotan akar pun jadi 3)bila tidak ada barang yang baik, yang buruk pun berguna pula Saya berfikir bahawa perkataan ini sepatutnya ialah peribahasa, tetapi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu tidak ada perkataan ini. Apakah maksud tiga perkataan yang seperti di atas? Bolehkah memberikan contoh ayat? Atau perkataan ini tidak ada dalam semua kamus? | Peribahasa ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1900) seperti yang berikut: rotan... tiada rotan akar pun /berguna, jadi/ peribahasa kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga; dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2013): rotan... tiada rotan akar pun berguna (jadi) peribahasa kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga; Contoh penggunaan: Walaupun tidak berkereta, dia tetap ke pejabat dengan motosikalnya itu, bak kata pepatah tiada rotan, akar pun berguna. | Lain-lain | 02.09.2023 |
Saya ingin tanya pasal perkataan baik dan terbaik dalam kontext ini. Ohh, kamu pun tahu ini baik untuk saya. Yang mana boleh diguna baik atau terbaik? Thank you | Kedua-dua perkataan, iaitu baik dan terbaik adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 25.01.2017 |
Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. adakah penggunaan kata sebaik-baik sahaja dan selebat-lebatnya salah dalam ayat tersebut? | "Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya", ayat ini betul sebaik-baik bermaksud baru sahaja, manakala selebat-lebatnya menunjukkan keadaan hujan yang sangat lebat. | Tatabahasa | 23.06.2009 |
()golongan tua()golongan muda boleh mengguankan kemudahan yang disediakan di dalam kelab itu. Empat pilihan baik...mahupun, jangankan...pun sedangkan ...apatah lagi , sungguhpun...namun | Golongan tua mahupun golongan muda boleh mengguankan kemudahan yang disediakan di dalam kelab itu. | Tatabahasa | 17.10.2021 |
Apakah aspek yang boleh kita sentuh untuk menjawab soalan bagaimana coaching and mentoring membantu memberi kesan yang baik kepada sesebuah organisasi. Baik seandainya pihak tuan dapat memberikan contoh-contoh sekali. Terima kasih. | Padanan istilah bagi "coaching" dan "mentoring" ialah kejurulatihan dan pementoran, iaitu suatu konsep pemantauan daripada pihak atasan/pengurusan terhadap pekerja bawahan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk buku-buku yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang istilah atau pun menghubungi badan kaunseling institusi berkaitan. | Lain-lain | 25.03.2010 |
ejaan yang betul bagi perkataan berikut jasa baik atau jasabaik keretapi atau kereta api walau bagaimana pun atau walau bagaimanapun | Ejaan yang betul bagi perkataan: 1. jasa baik 2. kereta api 3. walau bagaimanapun | Ejaan | 08.07.2014 |
Salam DBP. Saya keliru dengan penggunaan perkataan "HEMAT" dan "JIMAT" seperti ayat di bawah: 1. Belajar Hemat Bayar Pun Jimat 2. Belajar Biar Hemat Bayaran Pun Jimat. 3. Belajar Hemat Bayar Tetap Jimat. Mohon DBP dapat mencadangkan Kosa Kata yang lebih baik jika sekiranya ayat di atas tidak kena pada konteksnya. Terima kasih DBP. | Untuk pengesahan visual iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 30.08.2016 |
Tuan, Kata hubung pasangan 'Walaupun.... namun...." boleh digunakan dalam Bahasa Melayu? Adakah kata hubung ini sah? Sekian, terima kasih. | Kata hubung berpasangan walaupun ... namun tidak terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu kata hubung berpasangan ialah baik ... mahupun, sama ada ... atau, daripada ... lebih baik, jangankan ... pun. | Tatabahasa | 30.05.2010 |
1. Salam. Bagaimana cara bagi menentukan penggunaan di dalam dan dalam? 2. Mengapakah 'dalam kalangan' diguna-pakai? 3. Pun - kedudukannya rapat atau jarak - ataupun / atau pun 4. Adakah bahan terbitan seperti 'pamphlet' untuk dirujuk bersangkutan dengan tatabahasa terkini bahasa Melayu. Terima Kasih. | Puan Norhayati, Kita menggunakan dalam kalangan kerana di hanya merujuk tempat dan masa. Manakala ataupun dieja sebagai satu perkataan. Bahan rujukan yang paling baik ialah buku tatabahasa Dewan. Mengenai bahan rujukan lain ia memang boleh didapati di bahagian Promosi dan Pengiktirafan di Dewan Bahasa dan Pustaka | Tatabahasa | 16.08.2010 |
Habib Ali Al Murtabari Swafoto tu pun bunyi inggeris. Tkde bza dgn selfi. Bangang. | Sila gunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul. | Lain-lain | 16.12.2016 |