Tolong berikan ayat contoh masing-masing bagi kata hubung berpasangan yang berikut. (a) baik... baik (b) entah... entah | Tatabahasa Dewan tidak menerima kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Contoh pasangan gramatis adalah seperti, baik - mahupun; sama ada - atau; dan daripada - lebih baik. Tidak ada contoh pasangan gramatis baik - baik dan entah - entah. | Tatabahasa | 16.11.2015 |
Tuan, bentuk yang manakah betul, "mengurus" atau "menguruskan"? | Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama, iaitu: mengurus = 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll); dia sudah tua, tidak ada siapa yang~ kebun getahnya; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna dll) memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll)4. menguruskan = menyelenggarakan supaya berjalan dsb dengan baik (perniagaan, perdagangan,dll) memimpin dan mengatur ( perjalanan sesuatu perbadanan, dll), mengelolakan, menjalankan; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), meyelesaikan (perselisihan, dll). | Tatabahasa | 14.03.2015 |
Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Dengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Apakah maksud: Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati. | Saudara, Maksudnya ialah rahsia hendaklah disimpan baik-baik. | Lain-lain | 22.11.2010 |
Salam sejahtera, nak tanya tentang ayat-ayat berikut adakah betul. 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. (atau Jangan bimbang, semua akan baik-baik belaka.) 2. Petang masih terdapat sebuah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang Utara. (Adakah Utara kata nama khas, perlu huruf besar?) 4. Dia datang dari Utara. Terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul: 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. 2. Pada waktu petang masih terdapat pertandingan congkak. (Masukkan nama pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang utara 4. Dia datang dari utara | Tatabahasa | 24.06.2019 |
Bolehkah tuan tolong terangkan perbezaan penggunaan perkataan"cikgu" dan "guru" dalam ayat. saya agak keliru tentang kedua-dua perkataan tersebut. 1. Cikgu/guru di sekolah saya baik-baik belaka. 2. Ali telah pengsan dan telah dihantar pulang oleh seorang cikgu/guru. 3. Cikgu/ guru memarahi murid -murid yang nakal. Walaupun saya tahu bahawa"ramai " digunakan dalam situasi yang riuh-rendah, meriah, tetapi saya masih keliru dengan penggunaannya dengan "banyak". 1. Banyak orang menghadiri majlis itu. Saya terbaca ayat contoh ini dari sebuah buku rujukan yang menerangkan penggunaan "ramai" dan "banyak". Saya hendak tanya mengapakah ayat tersebut gunakan "Banyak" dan bukan "ramai" bukankah "majlis" merupakan keadaan yang meriah dan riuh-rendah? Bolehkah tuan beri saya beberapa contoh untuk menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih. | Saudara, Perkataan cikgu dan guru membawa maksud yang sama. Yang membezakan kedua-dua perkataan ini adalah dari segi penggunaannya. Perkataan guru lebih umum penggunaannya, contohnya guru bahasa Melayu. Perkataan cikgu biasanya digunakan sebagai gelaran dan diikuti dengan nama, contohnya, Cikgu Aminah. | Tatabahasa | 17.10.2009 |
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'.. | Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu; mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Tatabahasa | 17.10.2012 |
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera? | 1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai") 2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri" *Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | Lain-lain | 12.05.2015 |
apakah maksud sahabat | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Ejaan | 28.02.2015 |
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p | 1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali". 2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. | Tatabahasa | 17.07.2009 |