Tuan, kata sendi nama "terhadap", "di atas" atau "ke atas" patut digunakan dalam ayat di bawah? 1. (a) Saya menyembur baja terhadap tanah. (b) Saya menyembur baja di atas tanah. (c) Saya menyembur baja ke atas tanah. Tuan, jangan terus salahkan penggunaan kata sendi nama "terhadap", kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan, "terhadap" boleh digunakan untuk benda konkrit. "Tanah" ialah sejenis benda konkrit, tetapi "tanah" ialah sejenis tempat", jadi "di atas" dan "ke atas" lebih sesuai pada pandangan saya. Apakah pandangan tuan? Minta sertakan penerangan tuan juga. Terima kasih. | Kami berpandangan frasa yang betul ialah "ke atas" dan "di atas". Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata arah yang didahului kata sendi nama digunakan apabila menunjukkan hala atau jurusan. | Tatabahasa | 04.12.2014 |
1. Emak saya membubuh baja kepada/ke/pada pokok bunga. Apakah kata sendi yang sesuai? Terima kasih! | Yang betul - Emak saya membubuh baja pada pokok bunga. | Tatabahasa | 30.03.2009 |
SILA TERJEMAH KEPADA BAHASA JAWI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN PENJUAL PEMBEKAL RACUN DAN BAJA PERTANIAN | EJAAN JAWI BAGI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN: ڤمبکل راچون ڤرتانين
| Lain-lain | 17.02.2020 |
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "Truck Mounted Fertilizer Spreaders"? Sekian, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "truck mounted fertiliser spreader" ialah penabur baja cagak trak. | Istilah | 29.01.2016 |
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan. 4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Salam tuan, Mohon diperjelaskan cara menggunakan angka/huruf yang betul bagi pasangan ayat di bawah. 1.Saya membeli dua buah buku untuk bapa. 2.Saya membeli 2 buah buku untuk bapa. 3.Sudah dua kali saya pergi meminang dia. 4.Sudah 2 kali saya pergi meminang dia. 5.Anaknya belajar di kelas tahun 1. 6.Anaknya belajar di kelas Tahun 1. 7.Dia berjalan 3 kilometer setiap hari. 8.Dia berjalan tiga kilometer setiap hari. 9.Emak membeli 6 kilogram baja asli. 10.Emak membeli enam kilogram baja asli. | Huruf 1-9 hendaklah dieja dalam ayat, melainkan huruf tersebut diikuti dengan ukuran tertentu atau singkatan misalnya 1 kg atau 2 km. Walau bagaimanapun, ukuran tersebut boleh juga ditulis penuh seperti enam kilogram. Bagi kata nama khas, huruf boleh digunakan, contohnya pelajar murid Tahun 1 Cekal. | Tatabahasa | 18.10.2009 |
Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik. | kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) berkenaan bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn sebatian karbon; penyakit ~ penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh. Makanan organik = makanan yang terhasil daripada proses organik. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil? | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul. 1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk. 2) Buah rambutan itu masih muda. 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Apakah beza antara penumbuhan dengan pertumbuhan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penumbuhan - perihal menumbuhkan. Contoh: Jaringan itu tidak akan bererti kalau usaha penumbuhan bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya. pertumbuhan - perihal tumbuh/berkembang. Contoh: Pokok yang tidak cukup baja dan air itu akan terbantut pertumbuhannya. | Istilah | 30.01.2020 |