Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baju laki-laki potongan Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju melayu

Puisi
 

Baju awak baju merah,
     Baju saya baju biru;
Nyanyi adik nyanyi sekolah,
     Nyanyi saya nyanyi rindu.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat songsang di bawah ini gramatis? 1. Baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri. • dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu • dijahit oleh ibu baju Melayu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri • sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak • sempena Hari Raya Aidilfitri ibu menjahit baju Melayu kepada kakak 2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai. • diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak • diteruskan pertandingan bola sepak walaupun hujan turun renyai-renyai • walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak diteruskan • walaupun hujan turun renyai-renyai diteruskan pertandingan bola sepak 3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah . • sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang • yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah Bapa Fazley • yang bekerja sebagai juruterbang bapa Fazley sering tiada di rumah • sering tiada di rumah yang bekerja sebagai juruterbang bapa FazleyAyat yang betul dan ayat songsang.

1. Baju kurung dijahit oleh ibu untuk kakak sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
• Dijahit oleh ibu untuk kakak baju kurung sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan renyai.
• Walaupun hujan renyai pertandingan bola sepak diteruskan.  

3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah.
• Sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang. 
Tatabahasa17.06.2020
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu  b. baju kebaya  c. Pengakap  d. Tunas Puteri  e. Persatuan Bulan Sabit Merah   f. pengerusi    g. setiausaha   h.  Bahasa Malaysia (subjek)  i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. Tatabahasa07.01.2011
Slm,tuan,saya ingin bertanya 2 soalan 1.perkataan "baju melayu" ditulis dgn huruf besar pada huruf m.sedangkan baju melayu merupakan nama pakaian,bukan nama kaum. 2. Perkataan Melayu, Cina & India perlu ditulis dengan huruf besar pada mana2 kedudukan sekalipun.boleh atau tidak saya gunakan hujah iniBaju Melayu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa.

Walau bagaimanapun, apabila nama bangsa, suku bangsa dan bahasa dijadikan kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, penjawaan serta memelayukan.
Tatabahasa11.09.2013
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian

Saudara,

Jawapan yang tepat ialah:

1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan'

2.
 Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula,  perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut.

3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.

4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina'

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa13.08.2012
Selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan mengapa baju Melayu ditulis dengan menggunakan huruf besar sedangkan selipar jepun dan mi jawa ditulis dengan huruf kecil? Sekian, terima kasih.Baju Melayu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. Manakala selipar jepun dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Ejaan14.11.2012
Bagaimana menulis perkataan berikut: a) baju Melayu b) selipar Jepun Adakah 'Melayu' dan 'Jepun' itu ditulis dengan huruf besar?Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan selipar jepun.Ejaan20.03.2012
Perkataan Melayu dalam "baju Melayu" dieja deengan bermula huruf kecil "melayu" atau huruf besar "Melayu"? Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Ejaan yang betul ialah baju Melayu  (dieja dengan huruf besar).

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.02.2018
1. Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.Adakah penggunaan kata penguat nian betul dalam ayat tersebut. 2. Ali mengambil air untuk memasak atau Ali mengambil air untuk dimasak.Bolehkah analisis dua bentuk ayat itu. 3. Boleh mencarikan saya kata istana untuk raja berikut a. melihat dan b. bersetuju 4. Ali mencari maklumat tentang pelajaran dengan menggunakan internet.Adakah ayat ini salah Sekian, terima kasih !

Salam sejahtera,

Kata penguat nian bereti terlalu sangat, amat benar, sungguh.  Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya.  Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh.  Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya.  Dalam konteks kata penguat nian, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya.  Oleh sebab itu, penggunaannya hanya betul dalam konteks ayat "Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.  Bukan "Nian segak Ali yang berpakaian baju Melayu." Rujuk Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan.

Analisis ayat:Ali mengambil air untuk memasak adalah seperti yang berikut:

Menurut Kamus Dewan kata "memasak" merupakan  terbitan daripada kata masak yang bererti membuat lauk-pauk (kuih-muih, dll), mengolah makanan supaya masak.  Ayat yang pertama membawa maksud Ali mengambil air untuk tujuan memasak makanan.  Walau bagaimanapun ayat tersebut perlu diperbaik dengan meletakkan objek kerana kata memasak ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek.  Ayat menjadi lengkap dengan meletakkan objek.  Contoh:  Ali mengambil air untuk memasak nasi.

Analisis ayat:Ali mengambil air untuk dimasak adalah seperti yang berikut:

Kata "dimasak" merupakan bentuk pasif memasak.  Ayat ini bermaksud Ali mengambil air untuk dimasak atau dipanaskan sehingga mendidih. 

Kata bahasa istana untuk kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a.   melihat      -    Tidak ada yang khusus.  Jika dilihat dalam teks-teks lama, kata melihat atau memandang digunakan.

b.    bersetuju -  berkenan

Ayat:Ali mencari maklumat pelajaran menggunakan internet.

Ayat tersebut betul. 

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa18.03.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ejaan yang betul bagi kain yang dipakai bersama baju melayu, sampin atau samping?Salam sejahtera tuan,

Ejaan yang betul ialah SAMPING. 

Tuan juga boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan bahasa Melayu.

Sekian.
Ejaan25.02.2020
CONTOH NILAI MURNI DALAM PANTUN MELAYU. HURAIKAN TENTANG GAYA BAHASA DALAM CERPEN?

Nilai-nilai murni dalam pantun secara umumnya ialah nilai-nilai baik yang boleh dijadi panduan. Contoh nilai murni dalam pantun di bawah:

Baju Melayu butangnya lima,

Datangnya asal di Teluk Belanga;

Jangan tuan suka menghina,

Kita sama-sama hidup di dunia.

Dalam pantun di atas, nilai murni dapat dilihat dalam bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat yang mengingkat kita tentang perbuatan menghina sesama sendiri yang tidak membawa manfaat dengan ingat kita hanya manusia biasa yang tertu sahaja ada melakukan kesalahan.

 

Gaya atau gaya bahasa dikenal dalam ilmu retori dengan istilah style. kata style adalah kata yang diambil dari kata Latin, iaitu stilus.  Secara umum untuk meneliti gaya bahasa dalam sesebuah cerpen dalam dilihat daripada pemilihan diksi atau pemilihan kata yang boleh pula dibahagian kepada beberapa ciri seperti klimaks, antiklimaks, paralisme, antitesis repetisi dan sebagai. Cadangan sila rujuk buku gaya bahasa. sekian, terima kasih.

 

Lain-lain08.01.2009
12345

Kembali ke atas