| selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih. | 1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. 2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. 3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan 'buaya' - dua suku kata. 4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
| Minta huraikan binaan ayat berikut; Putih bajunya. Terima kasih. | "Putih" ialah kata adjektif (kata sifat) baju menerangkan warna baju yang dipakai oleh "nya". Manakala "bajunya" menerangkan kata "baju" iaitu kata nama .
| Makna | 31.03.2013 |
| Dalam ayat-ayat berikut, Kesan tanah yang terpalit "di" bajunya disapu dengan tangan. dan Luka "di" lututnya. Adakah penggunaan "di" dalam ayat ini betul ataupun penggunaan "pada" adalah lebih tepat? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. Kesan tanah yang terpalit pada bajunya disapu dengan tangan. 2. Luka pada lututnya. Terima kasih. | Lain-lain | 14.12.2010 |
| Selamat malam, 1. Adakah semua ayat berikut merupakan ayat pasif ? a) Mereka kehausan. b) Bajunya belum berbasuh lagi. c) Dia ketandusan kasih sayang. d) Dia bekerja di kilang kasut. 2. Adakah penanda wacana "justeru / justeru itu" masih relevan untuk digunakan pada permulaan ayat ? | Ayat (a), (b) dan (c) ialah ayat pasif manakala ayat (d) ialah ayat aktif. Penanda wacana yang betul ialah "justeru". | Tatabahasa | 21.01.2010 |
| Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Dia menggosok baju dia. 2. Dia menggosok bajunya. 3. Siti kepenatan, jadi dia berehat. 4. Ibu menasihati Ali supaya jangan menggunakan telefon terlalu lama. 5. Kamal berasa takut untuk menerima kertas ujiannya. | Untuk ayat 1 dan 2, ayat 2 betul, manakala ayat 1 salah. Ayat 3, 4 dan 5 betul. | Tatabahasa | 24.08.2021 |
| I Rumah itu binasa selepas ribut kencang malam. II Kebahagiaan rumah tangganya binasa akibat daripada sikapnya yang suka berfoya-foya. III Dadah yang bersifat binasa jangan dicuba agar diri kita tidak menanggung kerugian. Iv Bajunya binasa kerana baru sahaja dicuci dengan bahan peluntur warna. Munsyi, penggunaan binasa dalam keempat-empat ayat ini , yang mana satukah yang betul? TK | Binasa bermaksud habis rosak atau hancur sama sekali, atau disebut juga musnah. Dalam bentuk kiasan binasa bermaksud mengalami bencana atau keburukan seperti mendapat kesusahan besar, penyakit, dan lain-lain. Berdasarkan makna tersebut ayat I, II dan IV betul tetapi ayat I dibetulkan menjadi semalam. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
| Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh. | Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif. | Lain-lain | 31.01.2010 |
| apa perbezaan menghias, menghiaskan, menghiasi? | Menurut data kami, maksud perkataan menghias ialah menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain): Dia ~ biliknya dengan gambar dan kertas yang berwarna-warni, manakala maksud menghiaskan ialah mencantikkan (mengindahkan) dengan sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pada bajunya; dan maksud perkataan menghiasi ialah menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yang berwarna-warni ~ ruangan itu | Makna | 13.02.2017 |
| Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Ali duduk (berminggu) kerana terlalu letih. (b) Sulaman yang (dipukul) dengan teliti itu kelihatan cantik dan bermutu. (c) Bapa saya mempunyai pengetahuan yang luas dalam (halaman) komputer. (d) Pengalaman yang pahit itu akan dijadikan satu (halaman). (e) Peragawati itu sedang memperagakan baju fesyen baru yang (halus) di atas pentas. (f) Pusaka peninggalan Tok Ahmad telah (disalin) kepada satu badan kebajikan. (g) Bajunya menjadi (gelap) setelah dibiarkan terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari. (h) Budak nakal itu (menggelapkan) duit ibunya di bawah bantalnya. (i) Kilang papan itu menghasilkan banyak (daki). | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
| Bagaimanakah hendak memberi kefahaman yang mudah kepada murid tentang perbezaan kata terbitan; a. memagari / memagarkan b. menghiasi / menghiaskan sekian, terima kasih | Memagari bermaksud mengelilingi sesuatu seperti pagar, Pokok puding memagari kawasan rumahnya. Memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sbg pagar; atau memasang sesuatu sebagai pagar, Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. Menghiasi bermaksud menyebabkan kelihatan lebih cantik, Bintang-bintang menghiasi langit. Menghiaskan bermaksud mencantikkan dengan sesuatu, Dia menghiaskan sebutir kerosang pada bajunya. | Tatabahasa | 28.04.2015 |