Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman". | c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". | Ejaan | 13.12.2011 |
Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bak | Berikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
Saya ingin mengetahui asal usul perkataan 'Bak'. Ada beberapa keluarga di Johor misalnya menggunakan perkataan 'Bak' menggantikan panggilan 'Ayah'. | Perkataan 'bak' yg menggantikan panggilan 'ayah' tiada dalam rujukan kami. Berkemungkinan itu perkataan slanga atau bahasa daerah. | Istilah | 18.01.2010 |
"Emak kata pergi!" jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. @ "Emak kata pergi!" Jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. | "Emak kata pergi," jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. Tidak ada kata seru dalam ayat tersebut untuk memasukkan tanda seru. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan. | Ejaan | 13.10.2011 |
Yang mana paling tepat: a) "Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" b) "Bak kata pepatah Melayu, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" c) "Bak kata pepatah Melayu, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: (d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Tatabahasa | 08.09.2011 |
Makna Perumpaan Bak Bujang Jolong Keris | Bak bujang jolong keris bermaksud orang yang sombong kerana kekayaan yang baru diperoleh. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Saya ingin mendapat kepastian berkaitan pembinaan ayat menggunakan peribahasa. Semasa membuat karangan, bolehkan kita membina ayat baru yang bermula dengan 'Bak kata pepatah Melayu.........'? Menurut sesetengah guru, penggunaan ini adalah salah. Menurut mereka, peribahasa perlu diselitkan dalam ayat. Walau bagaimanapun, saya ada banyak membaca contoh karangan yang memulakan dengan frasa bak kata pepatah. | Penggunaan peribahasa pada permulaan ayat boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.11.2010 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini tergantung? Bak kata peribahasa, "Hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya". | Betul ayat tersebut menjadi tidak lengkap kerana tidak ada subjek yang menjadi inti ayat. Ayat yang lengkap seperti "Ahmad mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama sejak kecil agar mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti umpama peribahasa melentur biarlah waktu rebung".
| Tatabahasa | 05.06.2013 |
ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
apakah makna gaya bahasa perbandingan dan beri ulasan terperinci berserta contoh-contohnya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa dan antara jenis gaya bahasa temasuklah perbandingan atau metafora. Metafora ialah perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudara dalam hal ini. Terima kasih | Lain-lain | 14.07.2009 |