Salam hormat. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'CIKAL BAKAL" di dalam ayat Bahasa Melayu, memandangkan perkataan CIKAL BAKAL tiada di dalam kamus Dewan Bahasa. Adakah perkataan CIKAL BAKAL wujud di dalam kesusteraan Bahasa Melayu? Mohon nasihat tuan dalam hal ini. Terima kasih. | Perkataan tersebut tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Dalam Wikipedia dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Cikal Bakal bermaksud i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA (ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARA.
| Tatabahasa | 08.10.2012 |
Assalamaualaikum, Manakah yang betul Soalan 1 a.Panduan Untuk Bakal Suami Isteri b. Panduan untuk Bakal Suami-Isteri c.Panduan Untuk Bakal Suami -isteri Soalan 2 al-Quran ATAU Al-Quran Soalan 3 a.Nasihat Kepada Anak-Anak b.Nasihat kepada Ana-anak Soalan 4 ibu bapa ibu-bapa Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. Panduan untuk Bakal Suami dan isteri; 2. al-Quran; 3. Nasihat kepada Anak-anak; dan 4. ibu bapa. | Tatabahasa | 25.01.2012 |
1."Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2."Tahukah kamu siapakah yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. Kemusykilan.... Mana yang lebih tepat penggunaan partikel 'lah' pada kata tanya dalam ayat? "Tolong letakkan barang itu di.............",tunjuk ibu kepada Salmah. A.mana B.sini C.sana D.situ Apakah jawapan yang tepat atau soalan yang dikemukakan tidak betul. | 1. Ayat yang paling tepat - "Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2. Tolong letakkan barang itu di sini/sana/situ - ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut asalkan bersesuaian dengan tempat yang dimaksudkan oleh penuturnya. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
Tuan, adakah ayat ini betul. "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi" Terima kasih. | Ayat "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi." adalah betul. | Tatabahasa | 24.10.2011 |
APA MAKNA CIKAL BAKAL? | TIADA DALAM KAMUS DEWAN. DALAM WIKIPEDIA DAN KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA ERTINYA (i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA (ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARA | Makna | 15.04.2011 |
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih. | Saudara Norazizah, Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung | Lain-lain | 02.09.2009 |
apakah kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah? 11.Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma telah menggamit mereka yang mencari nafkah di rantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Pembetulan dibuat pada perkataan yang dihitamkan. Satu Syawal yang bakal menjelma akan menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. | Tatabahasa | 25.03.2013 |
Tajuk acara yang bakal dilangsungkan adalah Fellow INTAN 2011. Kami dimaklumkan bahawa FELO INTAN 2011 adalah terjemahan ke bahasa Malaysia. Mohon pengesahan FELO tersebut. Sekian terima kasih. | Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Istilah | 09.11.2011 |
dia langsung tidak bimbang tentang risiko yang bakal dihadapinya. Munsyi, adakah langsung betul digunakan? TK | Saudara/saudari, Langsung menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, 1. terus dan tidak berantara; lantas:Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2. tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3. tepat dan tidak menyimpang:Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4. sedikit pun; sama sekali:Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya. Merujuk pada konteks ayat di atas, penggunaan perkataan langsung merujuk kepada 'sedikit pun, sama sekali'. Oleh itu, penggunaan perkataan langsung dalam ayat di atas adalah betul. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
saya inginkan kejelasan makna untuk "persepsi dan kesediaan bakal guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran fizik" | Kata persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan ,tanggapan. Oleh yang demikain ayat tersebut bermaksud pandangan dan kesediaan(persiapan) seseorang guru untuk menghadapi tugas mengajar mata pelajaran fizik berbantukan komputer. | Makna | 27.01.2008 |