Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Adakah perkataan "pembuat roti" merujuk kepada seseorang yang membuat roti saja? Atau, ia adalah sama dengan perkataan "baker" dalam bahasa Inggeris di mana ia merujuk kepada seseorang yang membuat roti, pastri, kek, puding dan sebagainya? Terima kasih. | Padanan baker dalam bahasa Melayu ialah pembuat roti. Secara khususnya kata nama tersebut merujuk orang yang membuat roti, namun jika dalam konteks yang umum seperti di kedai roti dan kek, umum mengetahui bahawa pembuat roti termasuklah juga pembuat kek. | Tatabahasa | 22.09.2014 |