Mohon Bantuan perkataan jawi untuk : 1) PEMBEKAL BAHAN BAHAN BAKERI | Sila tukar kepada: PEMBEKAL BAHAN BAKERI ( ڤمبکل باهن باکري ). | Ejaan | 12.12.2019 |
boleh terangkan apa maksud bakeri dan konfeksioneri? definisi yang penuh. terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bakeri bermakna 1. tempat (kilang) membuat roti (kek, pastri dsb); 2. kedai yg membuat dan menjual roti (kek, pastri dsb). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP. | Makna | 16.02.2009 |
ADAKAH LOGO SEPERTI INI BOLEH DIGUNAKAN? | 1. Iklan untuk keperluan papan premis perniagaan: tukar kepada KAFE DAN BAKERI dan ubah kedudukan perkataan tersebut di bahagian paling atas sebelah kiri. | Lain-lain | 08.08.2017 |
Saudara, Tolong semak ejaan papan iklan saya yang akan letak di kedai saya. Remark: Bahasa Mandarin adalah terjemahan erti ayat melayu di atas Terima Kasih | 1. Besarkan saiz huruf: KEDAI BAHAN BAKERI 2. Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akauan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik Daftar iklan dan pilih jenis iklan - papan premis kedai. Rujuk tatacara seteresnya dalam laman web berkenaan. | Tatabahasa | 06.12.2017 |