Yang mana satu ejaan yang betul adakah bakteria Wolbachia atau bakteria wolbachia | Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar. (Rujukan: Gaya Dewan, Edisi Ketiga) | Istilah | 04.03.2020 |
Saya ingin bertanya mengenai perkataan Bakteria Acetobecter Xylinum. Penggunaan kata ini akan dilampirkan dalam produk makanan. Ingin bertanya bahawa Bakteria Acetobecter Xylinum dalam penggunaan adalah betul ke tidak? Terima Kasih. | Padanan istilah acetobacter xylinum dalam bahasa Melayu ialah Acetobacter xylinum (italik). Berdasarkan penelitian kami, Acetobacter xylinum (italik) merupakan kata nama khas bagi mikroorganisma. Ejaannya perlu dikekalkan dalam bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan huruf condong. | Istilah | 18.05.2018 |
bakteria Wolbachia. Adakah Wolbachia mempunyai nama di dalam bahasa melayu? | Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar. (Rujukan: Gaya Dewan, Edisi Ketiga) | Istilah | 04.03.2020 |
salam sejahtera, Encik, Adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Sesiapa yang makan makanan yang telah tercemar kepada bakteria akan menunjukkan gajala-gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah. Sekian terima kasih. | Ayat ini diperbetul menjadi - Sesiapa yang makan makanan tercemar berkemungkinan akan mengalami keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah. | Tatabahasa | 09.07.2008 |
Tuan, Mohon semak struktur ayat di bawah ini. Demam tifoid atau demam kepialu merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi(S.typhi). Sekian terima kasih | Tiada kesalahan pada struktur ayat berkenaan. | Tatabahasa | 16.10.2014 |
apakah perbezaan antara kata toksik dengan toksin? | Toksin ialah bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria, manakala toksik pula bermaksud beracun, iaitu sifat sesuatu benda itu. | Makna | 10.04.2014 |
ape makna meningtis | Ejaan yang betul ialah "meningitis", huraian maksudnya; keradangan membran spina korda atau otak disebabkan virus atau bakteria. | Makna | 12.05.2009 |
Bolehkah 'mereka' digunakan utk menggantikan 'their' bagi benda-benda bukan manusia, seperti "septicaemia - the presence in the blood of large numbers of bacteria and their toxins" diterjemahkan " kewujudan bilangan besar bakteria dan toksin mereka di dalam darah." | 'Mereka' ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan benda. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan septisemia digunakan untuk menggantikan perkataan mereka. | Tatabahasa | 31.03.2011 |