BALAI RASMI LEMBAGA ADAT UNDANG NANING KE 19 LOT NO 190 PERSIARAN BUNGLO A' FAMOSA RESORT 78000 ALOR GAJAH | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 23.01.2015 |
1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar pada dinding. | Tatabahasa | 25.01.2015 |
observatory | balai cerap | Lain-lain | 03.11.2008 |
Salam. Sekolah kami ingin menamakan secara rasmi dewan makan sekolah dengan nama Balai Santapan. Adakah itu dibenarkan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud Balai ialah gedung, rumah (untuk awam) atau pejabat manakala menurut Kamus Dewan Edisi Kedua maksud santapan pula ialah makanan atau minuman atau apa-apa yang disantap. Maka penggunaan Balai Santapan betul dan boleh digunakan bagi dewan makan. | Makna | 19.09.2019 |
Adakah terjemahan 'balai berlepas' boleh digunakan untuk 'departure hall' (di lapangan terbang)? | Salam sejahtera, Puan, Balai berlepas dalam data kami merujuk kepada dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang. Puan boleh menggunakan padanan ini jika sesuai. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2018 |
Balai polis itu terletak di antara rumah Ahmad dan/dengan rumah Raju. Penggunaan kata yang mana lebih tepat? Dan atau dengan? | Kata sendi nama yang betul ialah dengan. Balai polis itu terletak di antara rumah Ahmad dan rumah Raju. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) | Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul. | Tatabahasa | 17.03.2009 |
Tuan, saya hendak menanyakan soalan berdasarkan ayat yang saya berikan ini. "Baginda menitahkan agar laksamana datang menemui baginda di balai penghadapan dengan segera." Soalan 1: Adakah perkataan "menitahkan" dalam ayat ini salah? Soalan 2: Apakah maksud "balai penghadapan" dalam ayat yang diberikan? | 1. Perkataan menitahkan betul, namun ayat tersebut perlu dibaiki menjadi "Baginda menitahkan laksamana datang mengadap baginda...". 2. Balai penghadapan ialah tempat rakyat mengadap raja.
| Tatabahasa | 01.05.2014 |
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah | 1. Banyak orang berkumpul di balai raya. 2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
perhimpunan di gereja - assembely balai perhipunan atau dewan perhimpunan | perhimpunan dewan perhimpunan | Lain-lain | 12.04.2007 |