Adakah bahasa Melayu baku mempunyai nama untuk alat pencuci tangan serupa teko dan sering berganding dengan balang berpenutup berlubang yang menadah air cucian? Sering jumpa di kenduri-kenduri Melayu tetapi saya tidak tahu namanya. | Nama yang boleh digunakan ialah cerek basuh tangan, teko basuh tangan atau kendi basuh tangan. | Lain-lain | 16.01.2019 |
Saya ingin menyemak penggunaan koma pada ayat ini. Membina dan Menaik Taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran ke Sawah Sg. Balang, Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Mohon maklumbalas tuan. | Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul. | Lain-lain | 06.04.2017 |
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKAN | Morat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 17.06.2008 |
Salam tuan/puan, Apakah kata arah yang sesuai untuk ayat ini? Gelas-gelas disusun di dalam dulang. @ Gelas-gelas disusun di atas dulang. Harap tuan/puan boleh nyatakan alasan. Terima kasih. | Gelas-gelas disusun di atas dulang, kerana dulang tidak ada ruang fizikal yang jelas seperti balang atau kotak. | Tokoh | 30.04.2014 |