Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan, Mohon pencerahan, adakah ayat "tindak / maklum balas" digunakan atau perlu "tindak balas / maklum balas?" Misalnya penggunaan ayat: "Sekian, semoga mendapat tindak / maklum balas" atau "Sekian, semoga mendapat tindak balas / maklum balas"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maklum balas bermaksud maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan). Tindak balas pula bermaksud tindakan yang diakibatkan oleh suatu tindakan lain. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990 | 1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan. 2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll). 3. Tidak perlu digunakan tanda koma. 4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
Assalamualaikum Saya ingin bertanya kepada tuan.. sekiranya saya ingin translatekan dalam bahasa feedback orientation = berorientasikan maklum balas atau orientasi maklum balas... seperti - pengurus menggalakkan pembelajaran berorientasikan maklum balas. Terima kasih | Berdasarkan ayat yang diberikan, terjemahan yang dicadangkan ialah berorientasikan maklum balas. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2016 |
Saya ingin membuat pertanyaan bagi pihak pejabat saya mengenai penggunaan ejaan yang tepat bagi Borang Maklumbalas atau Borang Maklum Balas atau Borang Maklum balas?Saya keliru disebabkan borang merujuk kepada Kata Nama. Terima kasih. | Borang Maklum Balas | Tatabahasa | 31.10.2012 |
Salam, saya nak tanya cara menulis huruf besar untuk tajuk/menu laman web. Pertama, Kenali saya atau Kenali Saya?. Kedua, Maklum balas atau Maklum Balas?. Ketiga, Hubungi Saya atau Hubungi Saya?. Keempat, Pustaka digital atau Pustaka Digital?. Kelima, Tuisyen di Rumah atau Tuisyen di rumah? Selanjutnya, saya ingin bertanya tentang perkataan yang sesuai untuk "Home Tuition", adakah tuisyen di rumah pandanan yang paling sesuai untuk perkataan terebut? Ada atau tidak perkataan/ayat lain yang sesuai untuk perkataan tersebut? | Salam, 1. Kenali Saya 2. Maklum Balas 3. Hubungi Saya 4. Pustaka Digital 5. Tuisyen di Rumah - perkataan di ditulis dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. 6. Padanan yang sesuai untuk "Home Tuition" ialah Tuisyen di Rumah. | Lain-lain | 02.07.2015 |
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai tapak binaan/tapak pembinaan. -Dalam maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan pada 31/7/2012, pihak tuan mengatakan frasa "tapak binaan" yang betul tetapi maklum balas yang pihak tuan berikan pada soalan yang sama saya kemukan bertarikh 15/8/2012 mengatakan frasa "tapak pembinaan" yang betul. -Untuk kepastian sekali lagi, mana satu frasa yang betul?"Tapak binaan" atau "tapak pembinaan"?Terangkan perbezaan kedua-duanya sekali lagi agar saya tidak keliru lagi. | Frasa yang betul ialah tapak binaan dan frasa ini telah terakam dalam Kamus Dewan, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+binaan&d=1 untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 27.08.2012 |
Saya ingin membuat semakan bagi perkara-perkara berikut: 1. Ejaan maklumbalas atau maklum balas soal selidik 2. istilah faculty developer dan antecedent dalam Bahasa Malaysia 3. ejaan tindakbalas atau tindak balas | 1. Ejaan yang betul ialah maklum balas. 2. Sila nyatakan dalam bidang apa dan konteks penggunaan istilah ini dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam mencari padanannya dalam bahasa Melayu. 3. Ejaan yang betul ialah tindak balas | Istilah | 20.03.2010 |
Maklum balas daripada DBP....Tiada kata ekstraversi dalam Kamus Dewan DBP. Berdasarkan pencarian melalui Kamus Besar Bahasa Indonesia, ekstraversi merupakan daftar kata bahasa Indonesia yang bermaksud sikap atau ciri keperibadian seseorang yang minatnya lebih mengarah ke alam luar dan fenomena sosial daripada terhadap dirinya dan pengalamannya sendiri . Oleh sebab tiada kata ekstraversi dalam Kamus Dewan DBP, bolehkah kata ekstraversi digunakan dalam penulisan ilmiah di Malaysia? Terima kasih. | Salam sejahtera, Berdasarkan daftar istilah di Malaysia, "extraversion" diberi padanan sebagai ekstraversi yang merupakan istilah dalam bidang psikologi. Tetapi tiada keterangan dinyatakan. Puan boleh menggunakan istilah ini jika sesuai. Sekain, terima kasih. | Istilah | 19.03.2019 |
Mohon maklum balas tentang ketepatan frasa "cara meningkatkan kesetiaan pekerja". Adakah frasa ini gramatis, dan adakah konsep peningkatan sesuai digunakan berkaitan kesetiaan pekerja, memandangkan kesetiaan biasanya merupakan sifat yang wujud atau tidak wujud pada seseorang? | Cadangan frasa yang sesuai adalah seperti yang berikut: a) Cara Memperteguh Kesetiaan Pekerja b) Cara Memperkukuh kesetiaan Pekerja | Tatabahasa | 17.05.2019 |
Mohon maklum balas cara penulisan yang betul di ruangan tandatangan bagi surat-menyurat. Contohnya: (IR. AHMAD IDWAN BIN MANSUR) Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Soalan saya: 1. Perlu atau tidak letakkan kurungan ( ) itu; 2. Perlu atau tidak nama dieja dalam huruf besar; 3. sekiranya nama dieja dalam huruf besar, perlukan IR juga dieja dalam huruf besar atau ditulis (Ir. AHMAD IDWAN BIN MANSUR)? | 1. Nama perlu perlu dimasukkan ke dalam tanda kurungan 2. Nama perlu ditulis dalam huruf besar 3. Keseluruhan nama yang dimasukkan ke dalam tanda kurungan perlu ditulis dengan huruf besar termasuk IR | Lain-lain | 14.02.2019 |