I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut. | Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi. | Tatabahasa | 11.08.2011 |
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul? | 1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja. 2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
Minta jelaskan perbezaan penggunaan i) hingga dan sehingga ii) sejak dan semenjak | 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Makna | 29.03.2008 |
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan. | Puan, Padanan istilah adalah seperti yang berikut: i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas | Istilah | 27.08.2010 |
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |