Apakah istilah dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan "Reverse Vending Machine" | Terjemahan yang sesuai bagi Reverse Vending Machine ialah Mesin Layan Diri Balikan | Makna | 23.06.2020 |
Salam sejahtera, Boleh saya dapatkan terjemahan yang tepat untuk perkataan "lift the flap" yang digunakan untuk buku kanak-kanak? | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: lift-the-flap - balikan kelepak Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu | Lain-lain | 09.09.2021 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "turnover" yang merujuk kepada sejenis makanan berupa pastri? Adakah perkataan "kuih balik/roti balik" sesuai digunakan memandangkan dohnya dilipat dua menyerupai apam balik semasa dimasak? | Padanan bagi istilah turnover dalam bahasa Melayu ialah pastri balikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.08.2024 |
Salam sejahtera saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembelajaran teradun. terdapat 3 soalan berkaitan terjemahan istilah iaitu 1. apakah terjemahan bagi enriched-virtual model? 2. apakah terjemahan bagi flipped learning? 3. apakah terjemahan bagi flipped classroom? | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: 1. enriched-virtual model - model maya diperkaya (mohon berikan contoh dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu yang lebih baik dan betul) 2. flipped learning - pembelajaran balikan 3. flipped classroom - kelas balikan | Makna | 01.04.2022 |
Backmasking ialah teknik rakaman di mana mesej dirakam ke belakang pada trek yang dimaksudkan untuk dimainkan ke hadapan. Backmasking adalah proses yang disengajakan, manakala mesej yang ditemui melalui pembalikan fonetik mungkin tidak disengajakan. Jadi apa istilah sesuai untuk "Backmasking"? | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: backmasking - bunyi balikan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 17.02.2022 |
Salam sejahtera, Saya ingin mendapat khidmat nasihat tentang apakah terjemahan yang sesuai dan tepat untuk terma-terma Bahasa Inggeris berikut: 1. Standard subtitles 2. Bimodal subtitles 3. Reversed subtitles Mohon bantuan dan khidmat nasihat daripada pihak DBP. Terima kasih. | Cadangan padanan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: - Standard Subtitles - Sari Kata Seragam/Standard
- Bimodal Subtitles - Sari Kata Bimod
- Reverses Subtitles - Sari Kata Balikan
| Tatabahasa | 23.10.2018 |
Salam. Pertanyaan 1 Perkataan manakah yang sesuai dan betul yang menepati tatabahasa antara PENGLIBATAN Ibu Bapa atau PELIBATAN Ibu Bapa untuk saya gunakan dalam penulisan penyelidikan saya. Pertanyaan 2 Saya sedang menulis penyelidikan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan Flipped Classroom. Istilah manakah yang sesuai untuk saya gunakan dalam penulisan penyelidikan saya bagi menggantikan perkataan Flipped Classroom. PEMBELAJARAN FLIP atau PEMBELAJARAN BERBALIK Mohon Khidmat Nasihat Terima Kasih | Salam sejahtera, Perkataan yang betul ialah penglibatan ibu bapa. Untuk pertanyaan soalan kedua, padanan istilah yang sesuai ialah kelas balikan. | Istilah | 23.08.2020 |
Kami ingin meminta bantuan daripada tuan menterjemahkan perkataan-perkataan yang berikut ke Bahasa Malaysia: Reshoring/Reshore Onshoring/Reshore Backshoring/Backshore Backsourcing/Backsource Inshoring/Inshore Onshoring De-internationalzation Home-shoring/Homeshore Repatriate production/Repatriate manufacturing Reverse globalization/Reverse Globalisation Reverse Relocation Sekian, Terima Kasih Chong Boon Kai | Untuk makluman semua istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut. Walau bagaimanapun, kami berikan istilah yang terdapat dalam pangkalan data DBP seperti yang berikut: 1. reshoring - penempatan kembali/menempatkan kembali 2. onshore - dalam pesisir 3. backshore - pesisir belakang 4. inshore - tepi pantai/tepi pesisir 5. repatriate - hantar pulang/hantar balik 6. manufacturing - pengilangan/pembuatan 7. reverse - songsang/balikan 8. globalization - globalisasi/kesejagatan 9. relocataion - penempatan semula | Istilah | 13.04.2016 |