Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batu dll yg dibubuh pd tali dan dilemparkan dgn mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi kepala: datangnya terlalu deras spt ~;baling-baling 1. kincir angin (penunjuk arah angin dll); 2. alat yg rupanya spt kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang; ~ angin Id kipas angin; ~ di atas bukit = hati bagai ~ prb tidak tetap pendirian (hati dll);berbaling berkisar spt baling-baling;membaling 1. melempar (dgn baling); 2. melempar: gadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yg dibaling oleh teruna-teruna;membalingi melempari dgn baling, melempari: ia ~ rumah lawannya dgn batu;balingan hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan: lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu; aktiviti olahraga spt ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;pembaling 1. alat utk membaling; 2. orang yg membaling: ia mengintip ~ batu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baling I

Puisi
 

Kacip baling ke bulan,
     Bintang tidak meninggi hari;
Saya ke mari menghadap tuan,
     Tuan nak tolak ke mana lagi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hati bagai baling-baling.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya manakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan bagi istilah 'propeller' di dron? Adakah baling-baling lebih tepat digunakan atau kincir udara lebih tepat? Apa beza antara keduanya? Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud propeller ialah "kipas atau baling-baling". Maksud "kipas" ialah angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman) manakala "baling-baling atau bebaling" bermaksud alat yang rupanya seperti kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang. Dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, perkataan bebaling banyak digunakan.Makna12.06.2022
Assalamualaikum. BALING dan SIK dua daerah dalam negeri Kedah yang digabungkan dalam satu pentadbiran pejabat pelajaran peringkat daerah. Oleh itu saya ingin bertanya penulisan alamat yang manakah paling tepat dan mengapa format yang lain tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh-Contoh: 1. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING/SIK KEDAH 2. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING & SIK KEDAH 3. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING DAN SIK, KEDAH 4. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING SIK, KEDAH Terima KasihPenulisan alamat yang paling tepat PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING DAN SIK, KEDAH.Tatabahasa27.07.2011
Bagaimana penulisan pangkat/ darjah kebesaran selepas nama seseorang? Cth: (DR JAZARI BIN JAMALUDIN, BCK) Pengarah Hospital Baling @ (DR JAZARI BIN JAMALUDIN) BCK Pengarah Hospital BalingPenulisan yang betul ialah (DR. JAZARI BIN JAMALUDIN, BCK), PENGARAH HOSPITAL BALING.Ejaan29.07.2015
Pertandingan bola baling itu terpaksa _____ pada hari sabtu kerana padang becak a) dilanjutkan b) ditangguhkan c) direhatkan d) ditundakan dalam kamus, tunda dan tangguh mempunyai maksud yang sama. tetapi jawapan dalam buku (B)Pertandingan bola baling itu terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu kerana padang becak. Tunda juga bermaksud tangguh tetapi dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh, oleh itu untuk bentuk rasmi ditangguhkan merupakan jawapan yang paling sesuai.Tatabahasa02.08.2008
Assalamualaikum Adakah ayat di bawah ini tepat penggunaan bahasa. PERTANDINGAN SILAT SENI PERINGKAT DAERAH BALING Terima kasih.Walaikumsalam, ayat yang betul ialah PERTANDINGAN SENI SILAT PERINGKAT DAERAH BALING.Tatabahasa10.05.2015
MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. ANTARA 2 AYAT DI ATAS, YANG MANA LEBIH TEPAT@BETUL TENTANG PENGGUNAAN 'KERJA-KERJA BERKAITAN' ATAU 'LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN'?Penggunaan yang betul ialah KERJA-KERJA BERKAITAN atau KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITANTatabahasa23.08.2021
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih.1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan.
Tatabahasa12.02.2012
Pengesahan untuk bahan promosi bagi keperluan Majlis Daerah Baling. Mohon pihak tuan dapat memberikan maklum balas

Salam sejahtera, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat.  Proses kelulusan mengambil masa 3 hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Sekian, terima kasih.

Lain-lain21.09.2022
Salam sejahtera. Boleh saya minta pencerahan tentang perbezaan antara perkataan baling, lontar, lempar, campak dan mana-mana perkataan yang sama maksud? Terima kasih.Saudara boleh sahaja menyemak makna yang telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh persamaan dan perbezaan bagi kata-kata tersebut. Turut dibekalkan dalam kamus tersebut ialah golongan/kelas kata, ejaan Jawi, pecahan makna, contoh penggunaan, peribahasa dan sebagainya. Kata terbitan dan frasa bagi setiap kata juga disertakan.Makna14.12.2023
salam Perpaduan.. Saya Munira. Cuma nak bertanya penggunaan bahasa contohnya Bola jika kita baling adakah penggunaan yang sesuai lantun ke atau pantul. Sekian. Terima kasih.Bola jika dibaling boleh melantun atau memantul, kerana melantun bermaksud membuang balik; atau memantul: Bola getah itu melantun/memantul apabila dilemparkan ke tanah.Tatabahasa17.06.2010
12

Kembali ke atas