Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan lukanya. Mengapakah ayat di atas salah? Bolehkah ayat di bawah ini digunakan? Balutan luka emak saya perlu ditukarkan. | Ayat pertama, iaitu “Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan lukanya.” tidak salah dan betul dari segi tatabahasa. Ayat kedua, iaitu “Balutan luka emak saya perlu ditukarkan.” boleh digunakan dan juga betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 23.07.2024 |
1)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk balutan lukanya ditukarkan. 2) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan lukanya. Ayat yang manakah betul? | Jawapan yang betul ialah “Saya membawa emak ke hospital ini untuk menukar balutan lukanya.” | Tatabahasa | 11.07.2024 |
Salam tuan, Apakah padanan yang bersesuaian untuk perkataan "surgical dressing" dalam konteks ayat seperti yang berikut: “harbour” includes supplying a person with shelter, food, drink, money or clothes; or, except by a person employed in a Government hospital, medicines, bandages, surgical dressings or any other form of aid to a person wounded; or arms, ammunition or means of conveyance, or assisting a person in any way to evade apprehension;" | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah surgical dressing ialah balutan pembedahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.06.2025 |
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul? | Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" | Tatabahasa | 08.01.2022 |