Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kakak
Rujuk :kakanda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pola ayat dasar 1. Bandar Ipoh terletak di Perak. 2. Pelakon muda yang berbakat itu dari Indonesia. 3. Kakak pergi ke rumah abang . Perbezaan subject Dan predikat 1. Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah. 2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan jatuh pengsan semalam . 3. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki berada di dewan sekarang .Soalan saudara kurang jelas. Jika ditanyakan tentang ayat dasar, ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat, iaitu FN+FN ; FN+FK ; FN+FA ; dan FN+FS. Contohnya, "Bandar Ipoh" ialah FN + "terletak di Perak" ialah FK. Subjek pula ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Dalam contoh ayat, "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah", "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu" ialah subjek dan "dicat dengan warna cerah" ialah predikat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 463 - 476.  

 

Tatabahasa22.05.2013
Dalam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu.

 2)   i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?
       ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?

 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran.

 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng.

 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu.

 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau.

 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu.

 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus.

  9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan.

 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara.

 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575.

Tatabahasa19.07.2024
Salam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu.

 2)   i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?
       ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?

 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran.

 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng.

 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu.

 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau.

 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu.

 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus.

  9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan.

 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara.

 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575.

Tatabahasa24.07.2024

Kembali ke atas