Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : seruan atau panggilan utk bersembahyang, azan;mengebangkan menyerukan azan (pd telinga anak yg baru lahir), mengazankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bang I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana untuk menterjemah "double bang firecracker" ? Mercun dua kali ganda dentuman atau dua kali ganda mercun berdentum?Cadangan terjemahan bagi perkataan double bang firecracker ialah mercun dentuman berganda.Penyemakan dan penterjemahan09.11.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta penjelasan tentang penggunaan huruf besar atau kecil selepas tanda seru dan penutup kata. Contoh : "Mari bang!" ajak Siti. Perkataan 'ajak' tersebut, adakah Ajak atau ajak? Sekian terima kasihAlaikumussalam.

Dalam contoh yang diberikan: "Mari bang!" ajak Siti. Huruf "A" untuk "ajak" memang huruf kecil.  Contoh yang puan beri sudah betul.
Lain-lain13.12.2014
Mengapakah teori "letupan besar" (big bang) tidak diberi huruf besar pada huruf "l" dan "b"? Bukankah teori ini nama khas, dan peristiwa "letupan besar" hanya berlaku sekali sahaja? Terima kasih.Benar, dalam pangkalan data kami teori letupan besar dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanpun apabila merujuk khusus kepada teori Letupan Besar boleh dieja dengan huruf besar dan kami menganggapnya sebagai gaya penerbitan sesebuah organisasi. Dan ejaan tersebut harus tekal dalam keseluruhan wacana.Ejaan13.03.2012
Adakah terdapat terjemahan untuk kesan bunyi dalam Bahasa Inggeris contohnya "boom", "bam" dan "bang"? Contohnya: He pressed the button and boom! The bomb went off. -liyanaUntuk makluman, setakat ini dalam data kami masih belum ada penggunaan perkataan bagi menunjukkan kesan bunyi dalam ayat. Contoh ayat yang boleh digunakan ialah "Dia menekan butang aktif bom kemudian bunyi letupan berlaku selepas itu."Makna29.03.2021
"Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, ..." apakah terjemahan 'kundi' di dalam Bahasa Inggeris?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kundi bermaksud "biji saga yang digunakan untuk menim­bang emas (beratnya 241 mas), kenderi."

Untuk pengetahun puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan.
Makna09.01.2019
adakah perkataan ini ada dalam BM;mengembang-biakkan. saya cuba cari dalam PPRM, tidak diperoleh datanya.Ejaan yang betul ialah mengembangbiakkan yang membawa maksud menjadikan berkem­bang biak. Makna08.09.2020
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang pengunaan onomatopoeia "rarh!" dalam bahasa melayu? Wujudkah penggunaan perkataan tersebut dalam kosa kata onomatopoeia BM? Saya lampirkan bersama konteks soalan yang diajukan.
Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu marilah kita fahami maksud onomatopeia, iaitu pembentukan perkataan berdasarkan peniruan bunyi alamiah spt ngiau, ngaum dan embek. Contoh lain ialah bang, ting dan desir. Oleh itu pada pendapat saya, kata rarh tidak termasuk dalam kategori kata onomatopeia, tetapi mungkin merupakan kata seru. Berdasarkan korpus DBP dan juga hasil carian dalam Intenet, bentuk kata ini tidak ditemui dan kata ini juga tidak terakam dalam kamus terbitan DBP dan juga dalam beberapa kamus rujukan bahasa Inggeris. Kami tidak mempunyai data yang cukup untuk menyimpulkan penggunaan sebenar kata ini.

Sekian, terima kasih.
Makna16.01.2023
Salam Tuan/ Puan, Apakah perbezaan dipertimbangkan dan ditimbangkan?

Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat:

<i>Hal itu akan dipertimbangkan kepada pihak mahkamahi>. Dalam buku Kamus Dewan, dipertimbangkan bermaksud 1. memikirkan untuk membuat kesimpulan (keputusan), menim­bangkan; 2. memberikan untuk ditim­bang­kan, meminta untuk ditimbangkan, contoh ayat:peraduan novel itu dipertimbangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
Makna02.07.2014
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018
Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"?Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik;

Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya;
Tatabahasa17.07.2013
12

Kembali ke atas