Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.kit] | بڠکيت

Definisi : 1. jaga drpd tidur; 2. berdiri drpd duduk atau tidur: ia ~ drpd duduk; 3. hidup kembali: ~ dr kubur; 4. naik (ke udara): debu ~ ke udara; 5. terbit, datang (keadaan, perasaan dll); ~ gilanya datang gilanya; ~ marahnya terbit marahnya; ~ hatinya timbul keberaniannya; 6. kembang, muai (adunan): kek yg saya buat tidak ~; 7. sedar dan bergerak utk mencapai kemajuan, sedar dan maju;berbangkit 1. timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dsb); perkara ~ perkara (hal atau soal) yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yg lalu; 2. berbalik (bkn penyakit); membangkit 1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll;membangkitkan 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera;bangkitan 1. = bangkit-bangkitan soal lama yg dibongkar-bongkar; 2. Mn hasil tanaman; 3. ucapan-ucapan bomoh utk membangkit orang halus (dlm permainan puteri);kebangkitan 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri;pembangkitan perihal (perbuatan, kegiatan, dsb) membangkitkan sesuatu atau seseorang;pembangkit 1. orang yg membangkitkan (perkara lama dll); 2. alat yg membangkitkan; ~ tenaga elektrik Id alat yg membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.kit] | بڠکيت

Definisi : 1 berdiri drpd duduk atau drpd berbaring: Beliau ~ dr katilnya lalu duduk di atas kerusi. 2 terjaga drpd tidur; bangun: Tiap-tiap hari, saya ~ pd pukul enam pagi. 3 = berbangkit timbul; terbit (bkn perasaan marah dll): ~ marahnya apabila dia melihat adiknya dipersendakan orang. 4 naik (bkn adunan, debu dll). berbangkit 1 timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dll): perkara ~ perkara yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan catatan atau minit mesyuarat yg lalu. 2 berbalik (bkn penyakit). membangkit-bangkit menyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita. membangkitkan 1 menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2 menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. kebangkitan 1 hal bangkit: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2 hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. pembangkitan usaha atau hal membangkitkan (fahaman, kesedaran dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangkit

Puisi
 

Rumah kecil tiangnya empat,
     Bangkit pagi merebus ketupat;
Pecah tempurung katak melompat,
     Barulah tahu timur dan barat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. (Mengapakah/Bagaimanakah) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa-mangsa AIDS. Ayat ini betul atau salah ? boleh gunakan perkataan "bangkit" ? 3. Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _____udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.1. betul. 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa AIDS. 3. menghirup.Tatabahasa03.12.2009
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut:
1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan
Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global
2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung
Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami.
3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran
Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul
Istilah19.03.2013
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012

Kembali ke atas