| "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014" atau "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - BAngkok ditangguhkan KEPADA 19 Mac 2014"? (Sumber: Sinar Harian, 9 Januari 2014) | "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014". Kata sendi "ke" lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan | Tatabahasa | 09.01.2014 |
| Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan sejarah Bangkok Thailand Terimakasih | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku sejarah Bangkok, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Tatabahasa | 06.11.2013 |
| saya bernama Mareenee Sama-alee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan sejarah Bangkok Tailahd Terimakasih | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku sejarah Bangkok, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Lain-lain | 06.11.2013 |
| saya mahasiswa dari Bangkok, belajar di YIU ingin bertanya, apakah buku puisi terbaru dari dewan bahasa dan pustaka? | Bagi menjawab pertanyaan sdr. itu, sila layari laman sesawang DBP iaitu http://www.dbp.gov.my dan klik ikon INGIN MEMBELI BUKU. Sekian terima kasih dan selamat berjaya! | Lain-lain | 14.07.2010 |
| Pihak HQ kami di Bangkok akan menerbitkan satu cetakan yang menggunakan perkataan ayat dibawah. "RAKAN ANDA YANG BERGANDING BAHU DIMANA JUA" Kami rasakan ayat yang dicadang mereka ini agak tergantung. Minta nasihat ayat yang sesuai. terima kasih | Ayat yang dicadangkan ialah "RAKAN YANG SENTIASA BERSAMA-SAMA ANDA". | Lain-lain | 28.10.2024 |
| Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya apakah buku yang berkaitan dengan sejarah bangkok,terima kasih | Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Lain-lain | 20.11.2013 |
| Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | Lain-lain | 29.10.2009 |
| Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
| Saya telah membaca novel Pelari Muda Edisi Pelajar (2014). Saya dapati ada kekeliruan dari segi latar masa. Novel ini menceritakan tentang Sukan SEA yang ke-14 di Bangkok (berlaku sekitar tahun 1985) tetapi dalam bab akhir menceritakan tentang kontijen Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bukankah nampak ketara perbezaan latar masa di situ? KLIA mula beroperasi pada tahun 1998. Lagi pun jalan cerita dalam novel ini menunjukkan tahun-tahun 1980-an. | Salam. Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Pihak kami akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kekeliruan dari segi latar masa dalam novel tersebut sebelum pihak kami mengambil tindakan selanjutnya. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 06.01.2015 |
| Salam, tuan/puan. Saya ingin dapatkan pengesahan daripada pihak PRPM mengenai hal berikut. Sila rujuk kepada tangkapan skrin yang disertakan. Menurut jawapan pihak PRPM, baginda hanya boleh digunakan untuk raja. Namun, menurut laman web berikut https://www.jpm.gov.my/ms/kategori/10-/1566-istiadat-mengucap-selamat-berangkat-sempena-lawatan-rasmi-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-dan-kdymm-seri-paduka-baginda-raja-permaisuri-agong-ke-republik-t%C3%BCrkiye KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri. Adakah penggunaan ini boleh diterima dan dianggap betul? Selain itu, menurut laman web berikut https://www.sinarharian.com.my/article/282334/berita/nasional/tembakan-di-bangkok-tmj-selamat-kongsi-detik-cemas Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibrahim digelar sebagai baginda juga, namun pada masa itu baginda belum dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Adakah penggunaan ini betul? Seterusnya, sila rujuk kepada laman web ini https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/27522/13170. Dalam ejournal ini, "baginda" digunakan untuk menggelar maharani. Adakah ia bermakna "baginda" boleh digunakan untuk Raja Permaisuri & Putera-puteri & Maharani? Harap pihak PRPM boleh terangkan penggunaan ini dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih. | Untuk menjawab soalah tuan, saya merujuk Kamus Dewan Perdana dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. Panggilan Hormat Diraja dalam Surat Pekeliling berkenaan hanya menyenaraikan gelaran dan panggilan hormat bagi sultan/raja. Oleh itu, kami beranggapan dalam hal penggunaan kata ganti nama diri sultan/raja panduan yang jelas ada dalam Kamus Dewan Perdana. Walau bagaimanapun, sekiranya ada garis panduan/pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak yang wewenang dalam hal ini seperti Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hal tersebut boleh diperakukan. Dalam Kamus Dewan Perdana, kata ganti nama "baginda" digunakan untuk raja, khalifah dan nabi. Dalam konteks negara kita baginda hanya digunakan untuk sultan atau raja yang memerintah negeri. | Lain-lain | 04.02.2024 |