bentuk penggandaan kata majmuk yang membawa makna kiasan: kaki-kaki bangku @ kaki bangku-kaki bangku | Kaki-kaki bangku. | Tatabahasa | 22.04.2010 |
Makna Untuk 1. Bangku Sekolah | Bangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah. | Makna | 04.01.2010 |
Ingin tanya tentang pengunaan frasa 'di atas' Ali sedang duduk di atas bangku. Ali sedang duduk sambil membaca surat khabar di atas bangku. | Penggunaan frasa "di atas bangku" adalah betul dalam ayat. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasih | Gambar yang dipaparkan ialah kerusi kerana dalam kamus maksud bangku ialah temput duduk yang biasanya tiada tempat bersandar dan tempat meletak tangan. | Makna | 25.06.2014 |
1. “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah.”, “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak bangku sekolah.” Ayat manakah yang betul? 2. “hari ibu” atau “Hari Ibu”? | - Ayat yang betul ialah Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah.
- Ejaan yang betul ialah Hari Ibu, iaitu bagi menandakan hari khusus apabila dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
| Ejaan | 25.01.2015 |
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasih | Gambar yang dipaparkan ialah kerusi. | Makna | 25.06.2014 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang definisi "bangku sekolah". Saya tidak dapat mencari makna bagi perkataan ini dalam Kamus Dewan. Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih. | Bangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah. | Makna | 08.02.2012 |
Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVM | Kata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi. | Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah: 1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Hai, Saya ingin tahu apakah imbuhan untuk perkataan seperti menyusun, memakai, menolong dan mengayuh? Semasa saya di bangku sekolah rendah, apa yang saya belajar ialah meny, mem, men dan meng. Tetapi, kebelakangan ini, saya nampak ada buku yang menyatakan bahawa imbuhan untuk perkataan di atas ialah me. Sila bantu untuk pastikan. Sekian, terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, terdapat imbuhan awalan meN-, iaitu awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-. Imbuhan bagi menyusun, menolong dan mengayuh ialah me-, iaitu kata dasar yang bermula dengan huruf p.t,k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s. | Tatabahasa | 12.02.2015 |