Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah bangku sekolah ialah kata majmuk?Bangku sekolah bukan kata majmuk.Lain-lain15.06.2023
1. “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah.”, “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak bangku sekolah.” Ayat manakah yang betul? 2. “hari ibu” atau “Hari Ibu”?
  1. Ayat yang betul ialah Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah.
  2. Ejaan yang betul ialah Hari Ibu, iaitu bagi menandakan hari khusus apabila dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Ejaan25.01.2015
Makna Untuk 1. Bangku SekolahBangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah.Makna04.01.2010
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang definisi "bangku sekolah". Saya tidak dapat mencari makna bagi perkataan ini dalam Kamus Dewan. Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih.Bangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah.Makna08.02.2012
Anak-anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang kamil daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang kamil kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa boleh menunjukkan perasaan cinta akan patriotisme terhadap anak maka anak gemar akan meniru segala perlakuan daripada ibu bapa.Pada Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan dari Singapura sejak 1782 tahun. Salam,Tuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang baik daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang baik kepada anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukkan perasaan patriotik terhadap anak, maka anak akan turut meniru segala perlakuan ibu bapa mereka. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Sila pastikan fakta yang betul dan tepat.
Lain-lain27.01.2021
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah:
1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi.
Tatabahasa05.07.2013
Hai, Saya ingin tahu apakah imbuhan untuk perkataan seperti menyusun, memakai, menolong dan mengayuh? Semasa saya di bangku sekolah rendah, apa yang saya belajar ialah meny, mem, men dan meng. Tetapi, kebelakangan ini, saya nampak ada buku yang menyatakan bahawa imbuhan untuk perkataan di atas ialah me. Sila bantu untuk pastikan. Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat imbuhan awalan meN-, iaitu awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-.

Imbuhan bagi menyusun, menolong dan mengayuh ialah me-, iaitu kata dasar yang bermula dengan huruf p.t,k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t,  ng bagi k dan ny bagi s.
Tatabahasa12.02.2015
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasihAyat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut:

  1. Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu.
  2. Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah
  3. Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 
  4. Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh.
Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul.
Tatabahasa24.07.2024
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasih

Ayat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut:

1.   Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu.
2.   Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah.
3.   Tidak manis anak gadis pulang lewat malam.
4.   Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh.

Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575.

Tatabahasa19.07.2024
Salam sejahtera. Saya ingin meminta tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan berkenaan penggunaan perkataan "tentang" dan "mengenai". Dalam ingatan saya semasa dalam bangku sekolah, guru saya memberitahu saya bahawa "mengenai" tidak sama dengan "tentang" yang bermaksud "regarding to" dalam bahasa Inggeris. Boleh pihak tuan/puan menjelaskan kepada saya sama ada penggunaan kedua-dua perkataan tersebut telah disamakan pada masa sekarang? Terima kasih.

Saudara,

Kata sendi nama 'tentang' boleh ditukar ganti dengan kata 'mengenai' dan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad.  Kata nama atau frasa nama yang mengikutinya menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.  Sila rujuk maklumat terkini tentang penggunaan bahasa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa08.08.2010
12

Kembali ke atas