Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangun in

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Laksana janda baru bangun tidur.

Bermaksud :

Perempuan yang benar-benar cantik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana betul bangun semua atau semua bangunFrasa yang betul ialah semua bangun daripada ayat semua dikehendaki bangun. Walau bagaimanapun frasa bangun semua juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan pelajar.Tatabahasa04.01.2013
Salam. 1. Adik bangun lalu memberus gigi di bilik air. 2. Adik bangun pagi lalu memberus gigi di bilik air. 3. Adik bangun awal lalu memberus gigi di bilik air. 4. Adik bangun daripada tidur lalu memberus gigi di bilik air. Manakah ayat yang betul? Terima kasih.Semua ayat tersebut betul. Terima kasih.Lain-lain14.10.2020
bangun dari tidur & bangun daripada tidur yang manakah betul dan tepat?

Ayat yang betul ialah bangun daripada tidur.

Lain-lain16.10.2010
1. Saya bangun dari tidur. 2. Saya bangun daripada tidur. Mana satu betul?kenapa?Saya bangun daripada tidur.Tatabahasa15.08.2008
Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Kita haruslah menghargai masa contohnya Siti bangun awal setiap pagi. B) Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. C) Kita haruslah menghargai masa contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari.Tatabahasa17.02.2014
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih.Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan.Tatabahasa02.11.2012
Adakah ayat berikut betul? 1. Saya bangun pada pukul 9 pagi. 2. Saya bangun dari pukul 9 pagi. Sekiranya salah boleh saya tahu mengapa dan apakah ayat yang betul bagi menerangkan maksud yang sama. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Saya bangun pada pukul 9 pagi.
Ayat yang kedua tidak betul kerana penggunaan perkataan "dari" merujuk kepada tempoh masa bukan masa itu sendiri. Contoh perkataan "dari": Saya tidur dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Tatabahasa24.01.2018
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? TERIMA KASIH!!!!1. Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah.
2. Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
Lain-lain27.04.2014
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? *****Jika murid meletakkan (dia)dalam ayat tersebut,adakah boleh diterima******Terima kasih!!!!!Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514 di bawah tajuk Ayat Keterangan. Ayat Keterangan terdiri daripada Ayat induk + Kata hubung + Ayat Keterangan. Berdasarkan rumus yang tersebut, ayat yang betul ialah: 
Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya dia tidak terlewat ke sekolah; dan Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
Tatabahasa28.04.2014
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Buku cerita yang baikialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaanya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. 2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. 3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun asihbelum bangun. 4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. 5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. 6. dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. 7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! 8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri.

Cadangan jawapannya yang betul  adalah seperti yang berikut:

  1. Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca.
  2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini.
  3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun.

  4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena.

  5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam.

  6. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan.

  7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat!

  8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. 
Penyemakan dan penterjemahan06.12.2018
12345

Kembali ke atas