Manakah ejaan yang betul?Negara Thai. @ negara Thailand @ Thailand sahaja.CONTOH : Banjaran gunung Negara Thai. @ Banjaran gunung negara Thailand @ Banjaran gunung Thailand? Terima kasih | Ungkapan yang betul ialah negara Thai dan banjaran gunung negara Thai. | Tatabahasa | 28.10.2011 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk "banjaran?" | Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah, sebuah banjaran. Namun, penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah. | Tatabahasa | 04.01.2014 |
Saya Khaireeyah Binmak Saya belajar bahasa melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna membujur | Menurut data kami, maksud perkataan membujur ialah terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa membujur dari utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=membujur | Makna | 04.11.2015 |
Sering digunakan kata ganda bagi gunung ialah gunung-ganang. Bagaimana pula dengan gunung-gemunung (imbuhan sisipan) atau gunung-gunung? Adakah ia boleh diterima? | Gunung-gemunung boleh digunakan kerana ia membawa maksud banjaran gunung atau gunung yang banyak jumlahnya atau pelbagai. | Istilah | 26.06.2015 |
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat. | Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya. Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut. | Sastera | 09.07.2018 |