Siapakah pemenang pertandingan pidato antara institusi kewangan piala gabenor bank negara malaysia 2013? | Pemenang tempat pertama hingga ketiga Pidato Biala Gabenor Bank Negara Malaysia 2013 ialah Jushua Meta anak Nully (CIMB Bank Berhad), Woon Pei Jing (Maybank) dan Anuutha Valli a/p Nadarajah (Manulife Insurance Berhad). | Tatabahasa | 29.11.2013 |
Penggunaan "Adalah" diletakkan di depan ayat sebagai subjek. Contohnya : 1) "Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru" 2)"Adalah menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibunya" 3) "Adalah menjadi suatu kesalahan membuang sampah di merata tempat" Adakah ia betul? Jika tidak, apa ayat-ayat yang betul? | Kata pemeri adalah tidak digunakan pada pangkal ayat. Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 1) Dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru. 2) Menjaga ibu menjadi tanggungjawab setiap anaknya. 3) Membuang sampah di merata tempat ialah satu kesalahan. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Ketika melintasi kompleks Bank Negara di Kuala Lumpur, saya ternampak satu kawasan atau kompleks di situ (tidak pasti dimaksudkan pada dataran atau bangunan) tertulis perkataan `Lanai Kijang’ Saya cuba mencari dalam Kamus Dewan tetapi penjelasan tentang makna perkataan tersebut tidak ditemui. Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak tuan mengenai makna perkataan `lanai’ itu. Elok dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan edisi akan datang. Terima kasih. | Maksud perkataan lanai ialah dataran. | Lain-lain | 15.03.2018 |
Ketika melintasi kompleks Bank Negara di Kuala Lumpur, saya ternampak satu kawasan atau kompleks di situ (tidak pasti dimaksudkan pada dataran atau bangunan) tertulis perkataan `Lanai Kijang’ Saya cuba mencari dalam Kamus Dewan tetapi penjelasan tentang makna perkataan tersebut tidak ditemui. Begitu juga di Kuala Lumpur ada 'Lanai Seni'. Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak tuan mengenai makna perkataan `lanai’ itu. Elok dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan edisi akan datang. Terima kasih. | Maksud perkataan lanai ialah dataran. | Lain-lain | 15.03.2018 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "FRNID and FRINI refers to Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits and Floating Rate Islamic Negotiable Instruments respectively that are regulated under Bank Negara Malaysia" sebagai "FRNID dan FRINI merujuk kepada Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung dan Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung masing-masing yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi 'Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits (FRNID)' ialah Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) manakala 'Floating Rate Islamic Negotiable Instrument (FRINI)' ialah Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung (FRINI) | Makna | 04.10.2021 |
WANG RINGGIT MALAYSIA RM10 DISANGKA PALSU NO SIRI QN3868229 SAYA INGIN PULANG RM10 ASLI KE BANK NEGARA MALAYSIA KERANA SAYANGKAN NEGARA DEMI KEDAULATAN NEGARA ISLAM MUSLIM SELURUH SUN IS. | Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 10.12.2015 |
Penggunaan ayat bahasa Melayu yang sesuai untuk dibawah: Kindly arrange to regularize your facility immediately as your payment record is reflected in your credit bureau report maintained with Bank Negara Malaysia. | Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 12.10.2022 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "zero entry cost" dan "“zero moving cost” (rujukan: dokumen polisi Prohibited Business Conduct Bank Negara Malaysia)? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan zero entry cost dan zero moving cost. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: i. Zero entry cost: kos kemasukan sifar ii. Zero moving cost: kos pemindahan sifar | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2019 |
istilah pengurusan kewangan | Saudara Hidayah, Tiada pertanyaan dikemukakan. Walau bagaimanapun, buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 boleh dijadikan panduan. | Lain-lain | 02.04.2010 |
Kata Nafi tang manakah lebih tepat untuk digunakan di dalam ayat di bawah: Para pelanggan yang dihormati, Selaras dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia, caj baru bagi pemprosesan cek sebanyak RM0.50 akan berkuatkuasa pada 2 Januari 2015 dan TIDAK/BUKAN pada 1 April 2014. Beralihlah kepada kemudahan pemindahan dana GIRO Antara Bank (IBG) sekarang, hanya RM0.10 untuk setiap transaksi. | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Oleh itu, kata nafi yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "bukan". | Tatabahasa | 18.04.2014 |