apakah yang dimaksudkan dengan umpama orang mengantuk disorongkan bantal? | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa umpama orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud memperoleh apa yang diingininya. Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi. | Lain-lain | 13.03.2007 |
Pertanyaan Puan Aida membuatkan Alina mengalihkan sedikit bantal daripada/dari mukanya. | Pertanyaan Puan Aida membuatkan Alina mengalihkan sedikit bantal daripada mukanya. | Tatabahasa | 03.11.2011 |
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni. 2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Tatabahasa | 04.06.2018 |
Selamat pagi, Saya ingin menanya bahawa perbezaan antara "berenda" dengan "beropol".Adakah perkataan "beropol" sesuai digunakan semasa menggambarkan hasil karya kain yang menpunyai renda di tepi? Seperti sarung bantal beropol. Sekian terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ropol bermaksud kelim yang berkedut-kedut (pada bantal, baju, dll); manakala renda sejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju (bantal dll). | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bantal ini sangat lembut. 2. Obor / Api obor itu telah padam. 3. Abang sedang membancuh warna di / di dalam palet. 4. Singa itu dikurung dalam / di dalam sangkar. Terima kasih. | 1. Betul 2. Obor itu telah padam 3. Abang sedang membancuh warna di dalam palet 4. Singa itu terkurung di dalam sangkar | Tatabahasa | 29.12.2012 |
Salam DBP, Mana peribahasa yang betul? 'Bagai kucing tidur di bantai' atau 'bagai kucing tidur di bantal'? Di database DBP pakai 'bantai'. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Peribahasa yang betul ialah "Bagai kucing tidur di bantai". Peribahasa ini membawa maksud hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih. | Lain-lain | 15.07.2019 |
Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut : 1. Bagai dagu melebihi hidung 2. Bagai lintah naik ke darat 3. Bagai muka bantal, berliur basi 4. Bagai murai tercabut ekor 5. Bagaikan empedu bersalut madu, pahitnya tiada terbilang 6. Bagaikan gading gajah betina, panjangnya tak sejengkal mana 7. bagaikan racun di dalam cawan, air di ceret ditumpahkan | Peribahasa bagai murai dicabut ekor bermaksud perempuan yang suka bercakap banyak (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema. | Sastera | 04.09.2024 |
1.Apakah maksud perkataan menggalang ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri; 3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.03.2010 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya memerlukan khidmat tuan/puan untuk mencari perkataan di dalam bahasa melayu yang sesuai bagi item ini. "Travel Disposable Bedding Set" Barang ini adalah cadar + sarung bantal yang dipakai buang dan sesuai untuk travel kemana-mana. terima kasih. ~Athirah | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "Travel Disposable Bedding Set" ialah "Set Cadar Kembara Pakai Buang". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2023 |
petani itu menyemai benih-benih sawi di tanah yang __. 'gembur' atau 'lembik' yang mana satu lebih sesuai? atau kedua-dua juga sesuai digunakan[lembik:terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll) ; gembur :tidak keras padat (ttg tanah) ]? | Perkataan yang sesuai ialah gembur. | Tatabahasa | 29.07.2013 |