Apakah maksud kata adjektif hauk dalam ayat "Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran "? Ayat dan perkataan ini digunakan oleh Jovian Mandagie, seorang pereka fesyen dan menantu Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob pada 7 April 2022 dalam satu Siaran di Instagram. Adakah hauk ini dianggap sebagai slanga? | Untuk makluman tidak terdapat perkataan "hauk" dalam bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan yang tidak rasmi. Cadangan penggunaan bahasa yang betul untuk menggantikan perkataan "hauk" ialah "tidak berkualiti". | Lain-lain | 09.04.2022 |
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih. | Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada secara terperinci. | Makna | 10.06.2008 |