Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : ; mercun ~ mercun yg berbunyi kalau dihempaskan ke tanah;membanting 1. menghempas: ombak ~; 2. = membantingkan menghempaskan (sesuatu): ia balik ke rumah dan ~ diri di tempat tidurnya; 3. menjadikan bergoyang (bergoncang); ~ cucian memukulkan cucian; ~ harga Id menurunkan harga; ~ padi memukulkan batang-batang padi pd dinding kepuk supaya padi itu terpisah dr batangnya dan terkumpul di dlm kepuk; ~ setir Id memutar stering (motokar); ~ tulang bekerja keras (mati-matian);membanting-banting menggoyang-goyang, mengayun-ayun: ~ kaki seraya berpantun;terbanting ki tercampak ke bawah, terhempas: suaranya telah bergema ke hutan-hutan bakau dan ~ di tebing-tebing sungai;bantingan hempasan, goncangan; pembantingan perihal membanting;pembanting (orang, alat dsb) yg membanting: mesin ~ padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : sj lembu hutan, seladang, Bos banteng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : sj perahu Acheh yg bertiang dua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ting] | بنتيڠ

Definisi : ; membanting 1 menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah: Dlm masa cuti penggal lalu, saya menolong ayah ~ padi di sawah. ~ tulang bekerja keras atau bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. 2 bergerak atau bergoncang kuat-kuat: Kereta itu ~ apabila melalui jalan yg lekuk-lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banting

Puisi
 

Cantik menyambar bagai dipeting,
     Hujan menitik tepi pagar;
Tahan hempas tahan banting,
     Tahan dititik tahan dibakar.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekiranya status semakan banting adalah 'Tidak lulus' adakah proses pembaharuan banting tidak dapat dilakukan? Adakah pihak berkuasa tempatan akan mengenakan tindakan sekiranya melihat banting yang tidak mendapat kelulusan dari pihak DBP? Dan apakah kesan - kesan lain dari status penyemakan in?Untuk makluman tuan, DBP menyemak penggunaan bahasa dalam paparan iklan, manakala yang meluluskan atau yang mengeluarkan lessen ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh itu, jika berlaku situasi yang tuan nyatakan, pihak PBT yang berkenaan akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan.Lain-lain06.06.2013
Iklan banting untuk berbuka puasaTukar "or email" kepada atau e-mel . Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain30.05.2014
Tolong menyemak banting ini.Pembetulan:
1. Lelaki dan Wanita
2. Senior Moulding Executive - Eksekutif Pengacuan Kanan
3. Negeri Sembilan DK, Selangor DE
4. Tel. (mesti ada titik), Faks
5. Printed by - Dicetak oleh
6. Managed by - Diuruskan oleh
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.
Tatabahasa01.07.2015
Assalamualaikum Tuan, Bagaimana saya ingin membuat permohonan pengesahan bahasa untuk pengiklanan banting bagi expo yang akan diadakan kelak di Johor Bahru? Di sini saya lampirkan banting tersebut.

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain24.07.2017
Selamat pagi tuan, Saya memohon maklum balas pihak tuan atas penggunaan perkataan Bahasa Inggeris yang akan digunakan pada "Banting" yang akan dipasang di bawah kawasan Majlis Perbandaran Nilai. Pihak Majlis meminta surat pengesahan dari pihak tuan atas penggunaan Bahasa Inggeris bagi permohonan pemasangan "Banting" ini. Diharap pihak tuan dapat membantu mempermudah urusan pihak kami dalam mendapatkan surat pengesahan. Segala kerjasama pihak tuan berikan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan iklandalam bahasa inggeris. Sila terjemah kepada bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa dan hantar semula iklan tersebut melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP).Lain-lain19.11.2014
Dellan Kong JUM 10.01 PTG Selamat petang, nak tanya tentang pengesahan ejaan Bahasa Kebangsaan. Saya sedang mendaftar lesen banting dan saya perlu kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah saya perlu pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat kebenaran sebelum saya boleh mendaftar banting saya? Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan secara dalam talian (online) melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain19.05.2017
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh

Tatabahasa18.03.2009
mohon kelulusan ejaan banting dan bannerSila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk mendapatkan sijil kelulusan.Lain-lain08.02.2013
harga pemasangan baner dan banting berapa?Untuk makluman puan, Perkhidmatan Pengesahan Bahasa visual iklan  DBP hanya mengenakan caj semakan dan Pengesahan bahasa Melayu di Kaunter atau Dalam Talian  dan caj yang dikenakan ialah sebanyak RM10 untuk Gegantung dan Kain Rentang. DBP tidak terlibat dengan urusan pemasangan Gegantung dan Kain Rentang.Lain-lain28.08.2018
Tuan/Puan, Tolong semakan banting ini bersaiz 20x4.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar pengguna dan klik daftar iklan untuk selanjutnya.Lain-lain13.11.2017
123

Kembali ke atas