Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTM | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.04.2018 |
Bantuan Untuk terjemahaan untuk Consumable cooldown: 10 s | Mohon tuan/puan memberikan penggunaan consumable cooldown: 10s dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan set to supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.03.2017 |
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih. | 1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim. 2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif. 3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2016 |
Bantuan kerajaan telah pun diterima oleh_____________ daripada penduduk kampung yang menjadi mangsa bencanabanjir itu. A. setiap B. sebahagian c. seluruh D. semua - adakah jawapan B | Jawapan yang betul ialah B. sebahagian | Tatabahasa | 08.09.2015 |
Bantuan untuk penterjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia untuk papan tanda. 1)supermarket loading dock 2)dockmaster office 3)department store loading dock 4)stroller & wheel chair service store room 5)fresh air intake room | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. supermarket loading dock - dok punggah pasar raya 2. dockmaster office - pejabat ketua dok 3. department store loading dock - dok punggah gedung serbaneka 4. stroller & wheel chair service store room - bilik stor khidmat kerusi roda dan kereta sorong 5. fresh air intake room - bilik ambilan udara segar | Istilah | 20.05.2013 |
Bantuan untuk Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia Untuk Papan Tanda. Bahasa Inggeris 1. Security Room 2. Vegetable / Fruit Preparation 3. Servery / Kitchen 4. General Preparation 5. Meat Preparation 6. Food Production Room 7. Bakery 8. Housekeeping | Bersama-sama ini disertakan bahan yang telah disemak. | Istilah | 23.03.2013 |
Bantuan untuk Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia Untuk Papan Tanda. - Rain Haversting Storage Tank Water & Domestic Storage Tank | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "Rain Harvesting Storage Tank Water & Domestic Storage Tank" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk storage tank, iaitu tangki simpanan atau tangki penyimpan. Terjemahan yang dicadangkan ialah Tangki Simpanan Air Hujan dan Tangki Simpanan Domestik. | Istilah | 11.03.2013 |
bantuan semakan bagi pepatah, betul atau salah spr dibawah: PERIBAHASA ADA BERKATA, DI DALAM DUNIA HAIWAN TIDAK ADA MANUSIA. betul ke salah bagi ayat peribahasa, atau boleh guna kata-kata lain. terima kasih. | Peribahasa ini tiada dalam rujukan kami. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokong | Penyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya). | Makna | 06.01.2013 |
Minta bantuan ejaan jawi untuk : PERTUBUHAN PENGANUT Terima Kasih | Ejaan Jawi bagi perkataan Pertubuhan Penganut ialah ڤرتوبوهن ڤڠانوت | Ejaan | 28.07.2020 |