langkau dua baris tu macam mana sebab saya berminat nak buat cerpen dan novel tapi tak tahu. Mohon bantuannya | Langkau dua baris bermaksud selang sebanyak 2.0 yang boleh ditetapkan setting) pada ruangan paragraf. Dalam bahasa Inggeris, langkau dua baris bermaksud double spacing. | Lain-lain | 06.08.2022 |
Salam tuan puan, lampiran terakhir masih belum sesuai margin, saya hantar kembali file yang memudahkan untuk disemak. Saya mohon bantuannya | Semakan yang dibuat terhadap teks bahasa Melayu sahaj. Sila lihat Lampiran. | Tatabahasa | 20.01.2014 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu: 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Assalamualaikum Wr. Wb. Terimkasih atas maklumat tentang kesalahan dalam margin pada file yang saya hantar. Pada kesempatan ini, saya hantarkan kembali file yang telah dibetulkan. Mohon bantuannya untuk menyemak ejaan pada abstract, apakah sudah sesuai dengan ejaan melayu dengan benar. Terimkasih. | Sila lihat lampiran yang telah dilampirkan. | Tatabahasa | 20.01.2014 |
Assalamualaikum Wr. Wb Dengan pengkhidmatan ini , Saya ingin memohon bantuan untuk menyemak bahasa melayu saya, apakah sudah sesuai dengan tata bahasa melayu yang baik dan benar. Saya memohon dengan sangat untuk menyemak bahasa melayu saya. Terimakasih atas bantuannya. Salam, Achmad Chairdino | Oleh sebab bahan yang dihantar khusus dalam bidang teknologi maklumat, kami memerlukan masa untuk menyemak bahan tersebut. Kami akan menghantar bahan tersebut melalui e-mel setelah siap disemak. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2014 |
Assalamualaikum wr.wb Salam sejahtera puan-tuan. Saya mengalami kesukaran dalam translate English ke bahasa melayu. Boleh kah saya minta tolong untuk mengubah bahasa english ke dalam bahasa melayu dengan benar? file telah saya upload bersamaan dengan persoalan ini. Terimakasih untuk bantuannya | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Tatabahasa | 23.12.2013 |
Assalamulakum, wr.wb., bisakah saya mendapatkan copy pdf dari buku Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Karena saya sudah mencarinya di perpusatakaan nasional Indonesia di Jakarta tidak menemukannya. Atas kerjasama dan bantuannya, kami haturkan terima kasih. wassalam adipramono | Waalaikummussalam wr. wb., Dukacita dimaklumkan, atas sebab-sebab tertentu pihak kami tidak dapat mengeluarkan salinan PDF kepada orang perseorangan. | Lain-lain | 27.03.2011 |
Assalammualaikum dan selamat pagi, 1 ) tatabahasa yang manakah yang tepat antara 'aku siapa-siapa' dan 'aku siapa-siapa saja' untuk mengindikasikan maksud 'I am anybody' ? which is more grammatically correct, aku siapa-siapa or aku siapa-siapa saja to indicate 'I am anybody' ? 1) apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat untuk 'I am anybody' what is the correct malay translation for 'I am anybody'? terima kasih atas bantuannya | Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan bagi I am anybody ialah aku ini sesiapa saja. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.02.2017 |