Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan? | Salam sejahtera, Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?" Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 24.03.2010 |
Mana yang betul? 1. Bahan yang manakah paling banyak menyerap air? 2. Bahan manakah yang paling banyak menyerapa air? Apakah perbezaan kedua-dua ayat di atas? | Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya dan boleh diterima pakai. Penggunaan perkataan "yang" dalam ayat pertama merupakan penegasan sahaja. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
Yang manakah antara ayat yang berikut bersifat gramatis: (a) Gangguan bekalan air itu telah menimbulkan banyak masalah kepada para penduduk. (b) Gangguan bekalan air itu telah banyak menimbulkan masalah kepada para penduduk. | Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya. Tetapi ayat (a) lebih gramatis. | Makna | 21.09.2006 |
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki menĀcaci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Penggunaan Tatabahasa yang betul, adakah berkehendakan atau berkehendakkan? | Berkehendakkan, iaitu berkehendak akan. Contoh ayat: Pokok padi berkehendakkan air yang banyak untuk hidup subur. | Ejaan | 26.04.2011 |
Ali memancing banyak ikan . Dia berasa gembira "seperti itik mendapat air". Penggunaan peribahasa dalam ayat tersebut sesuai atau tidak sesuai ? Terima kasih. | Peribahasa "itik mendapat air" bermaksud memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut. | 1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. 2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. 3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur. 4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal. 6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan. 7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. | Tatabahasa | 18.12.2008 |
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding. | Saudara, Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. Daripada makna di atas, kata menyangkut digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih. | Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi. | Tatabahasa | 08.07.2008 |