masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phd | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong. | Tatabahasa | 03.07.2014 |
Walaupun saya sudah rujuk banyak buku rujukan tetapi tiada buku yang dapat menjelaskan imbuhan meN...i dan meN...kan dengan teliti. Bilakah kita guna imbuhan meN...i dan meN...kan ? Bagaimanakah kita dapat bezakan? Adakah imbuhan -kan mesti diikuti dengan kata nama konkrit? Contoh: "rumah itu berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi" -Pemandangan ialah kata nama abstrak tetapi perkataan depan juga menerima -kan. Adakah cara yang paling bagus untuk menentukan imbuhan -kan dan -i? | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, hal 207 (d) seakan membenarkan kenyataan saudara, "Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN-...-i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar.Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapata dibahagikan kepada tiga"... untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkenaan pada halaman yang dinyatakan, sebelum dan selepasnya juga. 2. Dalam contoh ayat Kamus Dewan kata terbitan dengan imbuhan ...-kan tidak semestinya diikutidengan kata nama konkrit, ... berlatarbelakangkan desa ..., walau bagaimanapun perbincangan lanjut tentang imbuhan ...-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hal 185 - 191. 3.Panduanuntuk penggunaan kata terbitan imbuhan ...-kan dan ...-i.sila rujuk Tatabahasa Dewan, hal 183 - 190. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Slm. Garisi/gariskan kata nama khas (yang mana satukah yang betul?? tq | Penggunaan yang betul ialah gariskan dan tuliskan. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Perbezaan penggunaan ...i dan ...kan kerana akhiran ...kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran ...i mengandungi unsur lokatif (tempat), contoh belikan - membeli untuk orang lain, naiki - naik ke atas suatu tempat. (Rujuk Tatabahasa Dewan) | Tatabahasa | 12.06.2015 |
Betulkah penggunaan kata memperbanyakkan? Bukankah banyak merupakan kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh hadir dalam imbuhan memper ... kan? Sepatutnya membanyakkan atau memperbanyak. Hasil carian dalam PRPM menunjukkan kata memperbanyakkan boleh digunakan. Mohon penjelasan. | Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak. Walau bagaimanapun, entri perkataan memperbanyakkan dalam data PRPM membawa maksud mendarabkan, mengalikan, menggandakan. Berdasarkan Kamus Perdana DBP terbitan 2020, entri perkataan memperbanyakkan tidak wujud. Oleh itu, jika konteks yang digunakan membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak, hanya perkataan membanyakkan dan memperbanyak sahaja yang boleh digunakan. | Makna | 20.01.2021 |
Apa beza dirujuki dan dirujuk, garisi dan gariskan, tulisi dan tuliskan? Yang mana betul penggunaannya? | Penggunaan yang betul ialah dirujuk, gariskan dan tuliskan. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Perbezaan penggunaan ...i dan ...kan kerana akhiran ...kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran ...i mengandungi unsur lokatif (tempat), contoh belikan - membeli untuk orang lain, naiki - naik ke atas suatu tempat. (Rujuk Tatabahasa Dewan) | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Apakah perbezaan dan kegunaan antara imbuhan akhiran -i dan -kan serta digunakan serta peraturan tatabahasanya? Contoh: Tolong sudahi / sudahkan tugasan yang diberi oleh guru tadi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan mengikut sistem tatabahasa? | Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kuasatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 13.01.2012 |
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan akhiran -i dan -kan yang betul .Saya memahami bahawa akhiran -kan digunakan dalam contoh ayat yang objekj perbuatan itu berpindah tempat . Akhiran -i membawa erti objek perbuatan itu tidak bergerak ke mana-mana. sehubungan itu, dalam ayat berikut. Apakah penggunaan imbuhan yang betul: 1.Sila garisi perkataan yang susah difahami. 2.Sila gariskan perkataan yang susah difahami. Terima kasih. | 1. Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kuasatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. 2. Ayat yang betul ialah sila gariskan perkataan yang susah difahami. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
Bagaimana cara menentukan penggunaan imbuhan akhiran -kan pada perkataan yang huruf akhirnya K..contoh lonjak, banyak? | Saudara harus tahu membezakan kata yang terbentuk dengan akhiran -kan dan kata yang terbentuk daripada akhiran -an. Kata kerja yang terbentuk dengan akhiran -kan, seperti bukukan, carikan dan tunjukkan. Kata nama yang terbentuk daripada akhiran -an, seperti tamparan, lukisan dan sepakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 117 dan 183. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Salam, frasa yang manakah betul?mendeklamasikan sajak atau mendeklamasi sajak?apakah bezanya?bolehkah tuan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.terima kasih | Frasa yang betul ialah mendeklamasikan sajak. Deklamasi termasuk dalam salah satu kata dasar yang hanya dapat menerima apitan men-....-kan. di-...-kan atau ber-...-kan, dan tidak dapat menerima awal meN, di-. atau ber- sahaja. Contoh kata lain yang termasuk dalam kumpulan ini: mengabaikan bukan mengabai menggelarkan bukan menggelar mencantikkan bukan mencantik menjatuhkan bukan menjatuh dan banyak lagi. Untuk memastikannya saudara boleh lihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, hanya ada perkataan mendeklamasikan sahaja, dan bukan mendeklamasi. | Istilah | 19.03.2014 |
Bagaimana nak mengenali perkataan(membezakan penggunaan) yang mempunyai imbuhan memper...i , memper...kan. dan pasifnya. Bezakan penggunaan me...i dengan me..kan | Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Apitan memper-...-kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper-...-kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan dalam maksud kata kerja, manakala apitan memper-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif seperti mempercabangkan (menjadikan bercabang) dan memperhambakan (menjadikan diri seperti hamba). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 208 dan 2011. Apitan men-...-i dan men-...-kan membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. Contohnya: Ibu menidurkan adik dan Ahmad menjalani kursus selama tiga hari. Kata adik dan kursus dalam kedua-dua ayat tersebut menjadi objek yang melengkapkan ayat. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202. | Tatabahasa | 14.09.2011 |